-->

Wednesday, October 21, 2020

author photo

Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta - Slot Lestary : Slot Lestary Terbaru berjudul Lelaki Lingkungan Cinta. Drama ini adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama, karya Lily Haslina Nasir. Lelaki Lingkungan Cinta menampilkan gandingan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Turut menampilkan Cik B anak usahawan terkenal Dato Seri Vida.

Slot Lestary Lelaki Lingkungan Cinta mulai siar 21 Oktober 2020, Rabu hingga Jumaat 9.00 malam hanya di tv3.

NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA KARYA LILY HASLINA NASIR : Antara redup wajahmu, Aku menumpang cinta. Antara kekar tanganku, engkau aku pimpin. Mukadimah novel yang sungguh menarik. Ayat cinta diolah dengan begitu syahdu. Betapa indahnya andai cinta itu boleh diungkap dengan kata-kata. Betapa moleknya cinta jika ia disulam dengan kasih sayang. Novel Lelaki Lingkungan Cinta adalah novel mengisahkan kisah cinta antara Adip dan Esya.

LELAKI LINGKUNGAN CINTA by undefined


Baca Novel Online Lelaki Lingkungan Cinta Bab 1 - Bab 15 [ https://www.wattpad.com/amp/404398596 ]

Bab 1 : https://www.wattpad.com/404398596-lelaki-lingkungan-cinta-bab-1

Bab 2 : https://www.wattpad.com/404398836-lelaki-lingkungan-cinta-bab-2

Bab 3 : https://www.wattpad.com/404398947-lelaki-lingkungan-cinta-bab-3

Bab 4 : https://www.wattpad.com/404399067-lelaki-lingkungan-cinta-bab-4

Bab 5 : https://www.wattpad.com/404399203-lelaki-lingkungan-cinta-bab-5

Bab 6 : https://www.wattpad.com/404399298-lelaki-lingkungan-cinta-bab-6

Bab 7 : https://www.wattpad.com/404399394-lelaki-lingkungan-cinta-bab-7

Bab 8 : https://www.wattpad.com/404399511-lelaki-lingkungan-cinta-bab-8

Bab 9 : https://www.wattpad.com/404399606-lelaki-lingkungan-cinta-bab-9

Bab 10 : https://www.wattpad.com/404399731-lelaki-lingkungan-cinta-bab-10

Bab 11 : https://www.wattpad.com/434912675-lelaki-lingkungan-cinta-bab-11

Bab 12 : https://www.wattpad.com/434912996-lelaki-lingkungan-cinta-bab-12

Bab 13 : https://www.wattpad.com/434913177-lelaki-lingkungan-cinta-bab-13

Bab 14 : https://www.wattpad.com/434913341-lelaki-lingkungan-cinta-bab-14

Bab 15 : https://www.wattpad.com/434913524-lelaki-lingkungan-cinta-bab-15

SINOPSIS NOVEL LELAKI LINGKUNGAN CINTA : Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri

“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib

“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.

Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya? 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post