-->

Tuesday, October 27, 2020

author photo

Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga Lakonan Halim Radzi & Sharifah Husna - TV OKEY : Drama adaptasi novel memang tidak dinafikan amat menarii untuk ditonton. Sekali bersiaran pastinya ramai peminat novel akan mengikuti drama tersebut. Terbaru Drama Dia Bidadari Dari Syurga bersiaran di TV OKEY.

Drama Dia Bidadari Dari Syurga bersiar sebanyak 20 episod penuh dan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad di TV OKEY. 

Drama Dia Bidadari Dari Syurga mengisahkan  perjalanan cerita menerusi watak gadis cantik bernama Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat bapanya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat, kerana hanya bapanya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia.

Malangnya di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat bapanya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, mula meletakkan perempuan semuanya sama sahaja. Namun beliau sudah berjanji dengan ibunya untuk membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani pada minggu itu.

Untuk menyelamatkan keadaan ketika itu, Marissa terpaksa dijadikan kambing hitam untuk tidak mengecewakan ibu Zakuan.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu kepada ibu Zakuan yang dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati kerana beliau telah jatuh hati kepada Marissa.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Selain Halim Radzi, dan Sharifah Husna, ia turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin, Dayana Roza, Nora Lunia, Syaffiq Sahli, Ady Fakhruddin, dan Nurul Iman.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Novel Dia Bidadari Dari Syurga  Karya Syamnuriezmil 


Sinopsis Novel Dia Bidadari Dari Syurga

Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di sykt abinya. Tanpa byk soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yg tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yg telah lama bekerja di syarikat abinya.


“Ada apa-apa lagi Bos Zakuan?”
“Ada. Tolong buatkan saya nescafe panas, kurang susu, lebih nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”

Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dgn ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Drpd nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya drpd melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... awak kena tolong saya satu hal.”
“Apa syaratnya? Nak tolong apa?”

Takut punya pasal, Marissa akhirnya bersetuju utk menolong Zakuan dgn bersyarat.

“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... ehemm... jgnn... hmmmm...”
“Jangannnn apa!!!”
“Jgn jatuh cinta dgn sayalah!”

Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sygnya... bidadari Zack itu milik org, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dgn milik org. Pulangkan balik pada ayah dia.”

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?

Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post