-->

Friday, October 30, 2020

author photo

Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku Lakonan Nafiz Muaz & Elisya Sandha - Slot Lestary Akan Datang : Dengar khabar drama terbaru ini akan bersiaran menerusi slot lestary tv3. Kemungkinan ganti Drama Lelaki Lingkungan Cinta. Drama terbaru ini adalah Adaptasi daripada novel Hello, Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati Ramli. 

Menampilkan gandingan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana sebagai terajui utama. Siar sebanyak 13 episod penuh.


Sinopsis Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku

Cerita mengisahkan tentang seorang gadis, Ain Dheya dari kampung dari keluarga susah yang datang bekerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia memang amat penjimat orangnya. Dan sifat yang paling tidak dapat dikikisnya ialah sifat tapau.

Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.
Kisah antara mereka berdua bermula apabila Ash Fayya menawarkan wang upahan bernilai Rm 50,000.00 untuk sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda sementara kedua orang tuanya mengerjakan Haji di Mekah selama sebulan.
Tiada siapa yang sanggup menjaga adiknya yang perengus itu, termasuklah beberapa orang gaji yang sudah berhenti sebelum ini. Malah teman wanita Ash Fayyad sendiri tidak sanggup untuk membantu menjaga bakal adik iparnya itu.
Ain Dheya yang amat memerlukan duit itu sanggup menjaga adik perempuan Ain Fayyad kerana terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah kedua orang tuanya dan jika tidak membayarnya seluruh keluarganya akan dihalau dari rumah yang mereka duduki sekarang ini.
Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu.
Berputikkah cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?


Senarai Pelakon Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku


Nafiz Muaz
Elisya Sandha
Syerinie Myra
Eyka Farhana
Lisdawati
Amyza Aznan
Dynas Mokhtar
Azri Iskandar
Sefik Khair
Mak Wan
Cahaya Nilam
Badrul Muhayat
Mieza Edora
Natasha Hamzah
Ikhwan Khairuin
Raden Zaharatul

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post