-->

Thursday, October 22, 2020

author photo

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 5 . Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal & Mimi Lana - Slot Samarinda : Horray drama terbaru lagi yang akan siar di kaca tv menerusi Slot Samatinda TV3. Menampilkan tiga gandingan utama iaitu Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. 

Drama Hati Yang Tersakiti ini mengisahkan kehidupan suami isteri yang goyah apabila si suami curang bersama kawan baik isterinya sendiri. Dengan khabar drama ini ala-ala Drama The World Of The Married versi melayu. Korang rasa, Drama Hati Yang Tersakiti, bakal menjadi fenomena tersendiri.

Sinopsis Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae & Park Hae-Joon.


Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 - Episod 15 (Akhir)

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod 15 (Episod Akhir) boleh ditonton pada aplikasi viu di link ini : 

https://www.viu.com/ott/my/en/all/video-malay-drama-tv_shows-hati_yang_tersakiti_episode_1-1165797160?containerId=playlist-26269956


____________________________________________________

Selain itu aplikasi viu Drama Hati Yang Tersakiti ini juga boleh ditonton menerusi telegram, hanya klik link di bawah.

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 - https://t.me/SamarindaPLP/90

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 2 - https://t.me/SamarindaPLP/94

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 3 - https://t.me/SamarindaPLP/95

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 4 - https://t.me/SamarindaPLP/97

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 5 - https://t.me/SamarindaPLP/99

  • Tonton Live Drama Hati Yang Tersakiti Episod 6 - https://www.tonton.com.my/live/tv3

  • Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod Akhir (Tonton Live) - https://www.tonton.com.my/live/tv3

Drama The World Of The Married Gandingan Kim Hee Ae & Park Hae-Joon : Drama terbaru yang bersiaran mulai 27 Mac 2020. Drama The World Of The Married akan bersiar sebanyak 16 episod penuh. 

Drama ini adalah adaptasi drama britain berjudul Doctor Foster

Drama The World Of The Married ini boleh ditonton di aplikasi viu. 





Sinopsis The World Of The Married mengisahkan seorang doktor bernama Ji Sun-Woo (Kim Hee Ae) yang memiliki kehidupan yang hampir sempurna. Sungguhpun memiliki segala-galanya, Ji Sun-Woo mengesyaki suaminya, Lee Tae Oh bermain kayu tiga.

Hal ini kerana, Ji Sun-Woo menjumpai pelembap bibir rona merah dalam kocek jaket suaminya.
Benar seperti dijangka, Ji Sun-Woo mendapati suaminya sedang berlaku curang. Lebih memburukkan keadaan, suaminya berselingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak itu, kehidupan mereka mula berubah.
Untuk rekod, The World Of The Married adalah adaptasi drama bersiri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada 2015 dan 2017. Ia dibintangi Suranne Jones dan Bertie Carvella.

Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) adalah doktor perubatan keluarga. Dia berkahwin dengan Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Dia sepertinya memiliki segalanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi tanpa disedari olehnya, dia dikhianati oleh suaminya dan rakan-rakannya. Sementara itu Lee Tae-oh bermimpi menjadi pengarah filem terkenal. Dia menjalankan perniagaan hiburan dengan sokongan isterinya. Walaupun dia mencintai isterinya, Lee Tae-Oh jatuh ke dalam hubungan yang berbahaya.


JUDUL : HATI YANG TERSAKITI
TARIKH TAYANGAN : 15 Oktober 2020
SIARAN TV : Samarinda TV3

PELAKON : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah

SINOPSIS HATI YANG TERSAKITI
mengisahkan kehidupan suami isteri yang goyah apabila si suami curang bersama kawan baik isteri nya sendiri. Dengan khabar drama ini ala-ala Drama The World Of The Married versi melayu akan tetapi drama ini bukan adaptasi dari novel atau adaptasi drama lain-lain.

Sinopsis Penuh Drama Hati Yang Tersakiti

Mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. 

Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. 

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya. 

Akibat cemburu, bermulalah langkah Farah untuk mengkhianati persahabatan mereka. Malahan Farah nekad untuk memiliki Haris dengan apa jua sekalipun. 

Berjayakah cinta yang dimiliki dan disemai oleh Haris dan Mona bertahan? Bagaimana kah kesudahan kisah mereka. Mengharapkan kawan untuk setia sebagai kawan memang payah. Ikuti kisah drama bersiri Hati Yang Tersakiti, 15 Episod penuh di Slot Samarinda mulai 15 Oktober 2020.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post