-->

Friday, October 30, 2020

author photo

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 10 - Episod 13 Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal & Mimi Lana - Slot Samarinda : Horray drama terbaru lagi yang akan siar di kaca tv menerusi Slot Samatinda TV3. Menampilkan tiga gandingan utama iaitu Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. 

Drama Hati Yang Tersakiti ini mengisahkan kehidupan suami isteri yang goyah apabila si suami curang bersama kawan baik isterinya sendiri. Dengan khabar drama ini ala-ala Drama The World Of The Married versi melayu. Korang rasa, Drama Hati Yang Tersakiti, bakal menjadi fenomena tersendiri. Nampak gayanya setelah 5 episod bersiaran, drama ini membuatkan penonton tak suka dengan watak mini lana sebagai farah. Kerana cemburu dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Mona sangggup membelakangkan kawan karib sendiri untuk kepentingan peribadi. 



Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 - Episod 15 (Akhir)

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod 15 (Episod Akhir) boleh ditonton pada aplikasi viu di link ini : 

https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-hati_yang_tersakiti_new_eps_monday_thursday-1059_0_16_1.my



Selain itu aplikasi viu Drama Hati Yang Tersakiti ini juga boleh ditonton secara live menerusi tonton.com.my 

Video live hanya dipapar mulai jam 10.00 malam. Ingin menonton hanya klik link di bawah.

Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 hingga Episod Akhir (Tonton Live) - https://www.tonton.com.my/live/tv3

Hati Yang TerSakiti Episod 12 - https://www.viu.com/ott/my/ms/all/video-malay-drama-tv_shows-hati_yang_tersakiti_episode_12-1165806216?containerId=playlist-26269956


JUDUL : HATI YANG TERSAKITI
TARIKH TAYANGAN : 15 Oktober 2020
SIARAN TV : Samarinda TV3

PELAKON : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah

SINOPSIS HATI YANG TERSAKITI
mengisahkan kehidupan suami isteri yang goyah apabila si suami curang bersama kawan baik isteri nya sendiri. Dengan khabar drama ini ala-ala Drama The World Of The Married versi melayu akan tetapi drama ini bukan adaptasi dari novel atau adaptasi drama lain-lain.

Sinopsis Penuh Drama Hati Yang Tersakiti

Mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. 

Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. 

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya. 

Akibat cemburu, bermulalah langkah Farah untuk mengkhianati persahabatan mereka. Malahan Farah nekad untuk memiliki Haris dengan apa jua sekalipun. 

Berjayakah cinta yang dimiliki dan disemai oleh Haris dan Mona bertahan? Bagaimana kah kesudahan kisah mereka. Mengharapkan kawan untuk setia sebagai kawan memang payah. Ikuti kisah drama bersiri Hati Yang Tersakiti, 15 Episod penuh di Slot Samarinda mulai 15 Oktober 2020.


 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post