-->

Friday, September 25, 2020

author photo

Slot Akasia - Sinopsis Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose & Fify Azmi : Drama terbaru yang akan siar di slot akasia tv3. Menampilkan gandingan Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Fify Azmi sebagai terajui utama



JUDUL DRAMA : DRAMA RYAN ARALYN
JUMLAH EPISOD PENUH : 28
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3

Tonton Drama Ryan Aralyn Episod 1 - Episod 28 (Akhir)

  • Drama Ryan Aralyn Episod 1 - https://youtu.be/CbwRnUB5pRs


Senarai Pelakon Drama Ryan Aralyn

Zul Ariffin sebagai Ryan
Raysha Rizrose sebagai Aralyn
Fify Azmi sebagai Hanis
Shah Iskandar sebagai Zarul
Sharifah Husna sebagai Doweena
Kodi Rasheed sebagai Allif
Raja Azura sebagai Ruby

Sinopsis Drama Ryan Aralyn

Mengisahkan Ryan yang diperangkap oleh Allif dan Hanis untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada Hanis. Namun sebenarnya bukan Ryan yang melakukannya. Namun Ryan tetap menerima apa Hanis dalam hidupnya.
Saban hari Ryan terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka termasuklah menjaga ibunya yang lumpuh.

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram.

Hanis balik rumah malam, dia keluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.

Suatu hari, Amir jatuh sakit. Ryan bimbang akan keadaan Amir lantas membawa ke hospital. Akan tetapi di pertengahan jalan, motor yang dibonceng oleh Ryan bertembung dengan kereta yang dibawa oleh Aralyn.

Kemalangan itulah yang membuatkan Aralyn lumpuh dan kurang keyakinan diri. Aralyn nekad tidak akan memaafkan orang yang melanggarnya.

Sehinggakan satu saat, Ryan dan Aralyn bertemu kembali. Dan Ryan nekad akan menjaga Aralyn walaupun Aralyn membencinya. Sedar tak sedar kebencian Aralyn terhadap Ryan bertukar menjadi cinta.

Berjayakah kebencian menangani cinta yang kian tumbuh di hati Aralyn..


OST DRAMA RYAN ARALYN

(OST Ryan Aralyn) Andi Bernadee - Penat (Official Music Video)





(OST Ryan Aralyn) Andi Bernadee - Penat

Lirik Lagu Penat

Ku hanya mampu
Memberi secebis dari semua
Ku takut akan
Janji
Yang Diberi atau terima


Aku tahu tiada
Pelangi di langit yang gelap
Tapi aku masih
Mencari bintang

[Pre Chorus]
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai

[Chorus]
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu

[Verse 2]
Aku tak mahu kau bersedih
Janji ku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu
Untuk kita bersama
Disini la tempat dimana kau rehat
Jika kau terluka akulah ubat
Ukiran tersenyum
Melihat engkau

[Pre Chorus]
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai

[Chorus]
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post