-->

Thursday, September 17, 2020

author photo

Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 23 | Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia |  Drama Pengantin Satu Malam Gandingan Nazim Othman & Amelia Henderson - Slot Akasia ini akan ditayang di slot akasia tv3. Mulai siar 17 Ogos 2020 bagi menggantikan Drama 7 Hari Mencintaiku 2  yang tamat esok. Jangan lupa menonton 7 Hari Mencintaiku 2 Episod Akhir esok. Drama Pengantin Satu Malam lakonan Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. 


Judul Drama : Pengantin Satu Malam

Jumlah Episod : 28 Episod

Drama Pengantin Satu Malam Episod 1 - Episod 28 (Full Episod)  boleh ditonton di  : https://www.iq.com/play/16cojb6u4v9

Drama Pengantin Satu Malam Episod 1 - Episod 28 (Full Episod)  hanya boleh ditonton secara online «« https://www.iq.com/


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 23

Kehidupan Zahred dan Zulaikha masih belum ada jalan penyelesaian. Zulaikha masih tinggal di rumah Rasul. Manakala Zahred pula hidup tak keruan kerana berjauhan dengan Zulaikha.  Akibat terlalu rindukan Zulaikha, Zahred sakit dan ditahan di Hospital.

Zulaikha mengandung dan masih dijaga oleh Hartina dan Rasul. Haikal sering balik kampung dan Rihana menyusulnya.

Rihana makin tawar hati bila melihat Haikal banyak komitmen dan tidak berduit. Adakah cinta Rihana sudah beralih arah kepada Zahred.


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 21

Kehadiran Zulaikha malam makan bersama keluarga Zahred tidak seindah yang diimpikan. Zulaikha bagaikan orang asing di antara keluarga Datin Roziah dan Datin Asyikin. 

Datin Roziah memberitahu bahawa Zulaikha adalah perancangan perkahwinan Zahred dan Hana. Zulaikha terkejut sambil memandang Zahred. Bermulalah perbalahan antara Zahred dan ibunya. Untuk menyelesaikan Zulaikha mengundur diri dan terus meninggalkan keluarga tersebut.

Adli dan Zahred mempertahankan Zulaikha. Maka terbongkarlah kisah Zulaikha dan Adli suatu ketika dulu. Zulaikha adalah bekas kekasih Adli. Akan tetapi Adli menghilang di hari pertunangan mereka.

Datin Asyikin mengamuk bila mengetahui hubungan Adli dan Zulaikha.

Zulaikha melarikan diri dan Rasul menolongnya membawa ke rumahnya. Hartina dan Rasul menjaga Zulaikha.

Zulaikha tidak mahu bertemu sesiapa termasuklah Zahred. Bagaimana kesudahan kisah mereka? 


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 20

Zahred mengaku pada Puan Roziah bahawa dia menyintai Zulaikha dan menjadikan Zulaikha sebagai isteri. Zahred tidak memberitahu hubungan sebenar dia dengan Zulaikha sebagai suami isteri. Malahan Zahred terpaksa merahsiakan perkahwinan dia dengan Zulaikha kerana takut Puan Roziah sakit.

Puan Roziah terpaksa setuju apabila Zahred meminta dia mengenali Zulaikha terlebih dahulu. 

Sebenarnya apa agenda Puan Roziah berpura-pura menerima Zulaikha. 


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 19

Roziah datang pejabat dan mengumumkan akan mengahwinkan Zahred dengan Rihana. Zahred marahkan mamanya kerana memalukan dia. Akan tetapi Roziah memberi alasan supaya tidak ada pekerja yang berani mengorat Zahred lagi.

Zulaikha terpaksa menahan sabar tapi terkejut bila Adi muncul dan merayunya semula. 

Zulaikha melarikan dir dengan Rasul.

Asyikin terkejut dan bengang bila Rihana kenalkan Haikal adalah kekasihnya. 

Zahred mencari Zulaikha di apartmen tetapi Zulaikha tidak mahu keluar.


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 18

Zulaikha terpaksa menolak lamaran Rasul dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Zahred. Rasul kecewa akan tetapi Rasul tetap akur dan ceritakan tentang balqis. 

Zahred memujuk Zulaikha dengan cara sweet-sweet di apartment Zulaikha. 

Dia cemburu pada Rasul dan mahu Zulaikha setia padanya. 

Roziah mengamuk dapat gambar Haris dan Nurul tetapi Haris memberi alasan itu adalah pekerjanya sahaja. Dan menafikan bahawa tiada sebarang perhubungan antara mereka.

Rihana memaksa Haikal membuat macam-macam untuk mendapatkan restu mamanya sampaikan Haikal stress.

Roziah datang pejabat dan mengumumkan akan kahwinkan Zahred dengan Rihana. 


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 17

Tuan Zahred memperkenalkan dirinya sebagai suami Zulaikha kepada Haji Ramli setelah beliau ternampak Haji Ramli memujuk Zulaikha agar berkahwin dengannya. 

Zulaikha akhirnya akan cuba menerima Tuan Zahred. Namun kemudian berubah apabila Zulaikha ternampak Tuan Zahred dan Rihana. 

Zulaikha sakit hati semula bila terserempak pula Zahred keluar bersama Rihana lalu Zulaikha menerima pelawaan Rasul untuk bertemu ibunya.

Roziah bergaduh dengan Hartina, dan menuduh kawan makan kawan.

Haikal dan Rihana seronok apabila Asyikin dan Roziah makin sukakan haikal. Bermakna peluang Rihana dan Haikal untuk hidup bersama semakin cerah.

Untuk episod 17 Drama Pengantin Satu Malam, apakah yang akan terjadi. Jangan lupa menonton petang ini, jam 7.00 malam di tv3. 


Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam Episod 16

Zulaikha trauma semula bila Zahred membawanya ke hotel dengan alasan nak berjumpa dengan klien. Lalu Zulaikha melarikan diri dan terus balik ke kampung. Zahred menyusul dan meminta maaf. Zahred menerangkan sebab sebenarnya dia membawa Zulaikha ke hotel kerana dia ingin membuat surprise untuk hari lahir Zulaikha. 


Namun Zulaikha tidak mahu mendengar penjelasan Zahred dan Zahred merayu lagi pada Zulaikha dan akan tetapi Zulaikha tidak mengendahkannya.


Lantas Zahred mengambil pisau dan menyuruh Zulaikha membunuh dia kalau dengan cara itu Zulaikha dapat memaafkannya.  

Dalam pada itu juga, Asyikin mengadu pada Hartina yang Roziah macam nak jadikan Haikal anak ikannya.



Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam - Karya Sophilea
 
ZAHRED HADRI yang membenci wanita dan ZULAIKHA NASREEN yang terdesak…
 
Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.
Zahred diam seketika.
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.
“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
 
SATU malam yang merubah segalanya…
Antara nyawa si emak dan maruah diri…

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post