-->

Tuesday, September 29, 2020

author photo
Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa Gandingan Shukri Yahaya & Emma Maembong : Pernah siar 2019 menerusi slot Samarinda tv3. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Emma Maembong sebagai tunggak utama Drama Kerana Dia Manusia Biasa. 

Drama Kerana Dia Manusia Biasa merupakan drama adaptasi novel dengan menggunakan judul yang sama. 

Drama



Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa


Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda juga, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil Zaquan beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Tengku Shamil yang ingin lari dari desakan keluarga dan juga kerana mempunyai agenda tersendiri, dia dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.

Setelah berkahwin, Nurin tidak tinggal sebumbung tetapi dia terpaksa berpindah tinggal sebumbung dengan Tengku Shamil, atas desakan ibu mertuanya. Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali. Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya. Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira?


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post