-->

Sunday, September 20, 2020

author photo

Live Immortal Song Minggu 4 Bersama Datuk M. Nasir - Program hiburan terbaru yang dah siar 4 minggu. Minggu ke 4 menampilkan Datuk M. Nasir. Setiap minggu akan membariskan enam orang penyanyi tempatan dengan mempersembahkan sebuah lagi pilihan karyawan muzik lagenda di setiap episod dengan gubahan lagu berbeza.

Bagi minggu pertama gubahan lagu dimenangi oleh Hael Husaini. Manakala minggu kedua pula Naim Daniel. Minggu ketiga Azmi Saat.

Untuk minggu ke-4 jom kita layan Live Immortal Song Bersama Datuk M. Nasir.


≥≥ Live Immortal Song Minggu 4 Bersama Datuk M. Nasir - https://youtu.be/3mBb6aVd2oE

Datuk M. Nasir seorang ‘living legend’ yang biarpun sudah berusia 63 tahun namun masih bergiat aktif dalam bidang seni. Tahun lepas, sifu telah tampil dalam single Zuhud, lagu terbaharu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi, penggubah lagu dan penerbit album malah terbukti bakatnya sebagai pelakon, pengarah dan juga pelukis! Menurut Wikipedia, M. Nasir telah menerbitkan lapan album studio, tujuh album bersama kumpulan Kembara, empat album kompilasi, dua album runut bunyi serta telah merakamkan puluhan lagu dan single. Karya mana yang menjadi pilihan Shiha Zikir, Yonnyboii, Zizi Tirana, Stacy, Haikal Farid dan Sufian Suhaimi untuk disusun semula? Pastikan anda tidak terlepas Immortal Songs, Ahad ini, jam 9 malam di TV3, yang juga distrim secara langsung di saluran YouTube TV3Malaysia.

Immortal Songs merupakan rancangan nyanyian terbaharu terbitan TV3 yang diadaptasi dari Korea Selatan, menghimpunkan seramai 49 orang selebriti tanah air. Dihoskan oleh Ain Edruce di pentas utama, serta Amy Mastura dan Fad Bocey di belakang pentas. Ella, Ning Baizura, Datuk Jeffrydin, Datuk Khadijah Ibrahim, Fauziah Latiff, Datuk M. Nasir dan Fauzi Marzuki merupakan karyawan lagenda yang menyertai Immortal Songs ini. Sementara 42 orang penyanyi tanah air yang akan membuat persembahan termasuk Amir Masdi, Hael Husaini, Ernie Zakri, Aina Abdul, De Fam, Wany Hasrita, Syamel, Stacy, Haqiem Rusli, Sufian Suhaimi, Khai Bahar, Indah Ruhaila, Akim & The Majistret, Neeta Manishaa, Syafiq Farhain dan Ippo Hafiz. Rancangan ini tidak tamat hanya di kaca TV. Jika anda rasa ada persembahan lain yang layak menjadi pemenang, hantarkan undian anda di https://www.xtra.com.my/immortalsongs... . Pemenang mingguan bakal memenangi bekalan susu selama 6 bulan tajaan Farm Fresh yang diagihkan kepada rumah amal pilihan mereka.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post