-->

Thursday, September 24, 2020

author photo

Kenali Portal Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia Bagi Mendapatkan Peluang Pekerjaan  : Dunia sekarang ibarat dihujung jari. Semua perlukan kemahiran menggunakan internet. Tak macam dulu, semula secara manual. Kalau dulu dapat informasi jawatan kosong melalui media cetak atau secara lisan. Namun sekarang semuanya secara atas talian. Malahan banyak pula blog jawatan kosong yang dibina oleh individu untuk memberikan informasi serta maklumat.


Mungkin dulu amat susah untuk kita mendapatkan sebarang informasi tentang jawatan kosong terkini di Malaysia. 


Selain portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat banyak lagi portal jawatan kosong. Salah satunya ialah portal KERJAKOSONG.CO.


Korang pernah tak dengar ataupun mengetahui tentang portal KERJAKOSONG.CO.


Jawatan Kosong merupakan portal yang berkongsi tentang jawatan kosong terkini yang terdapat di Malaysia. Dengan adanya portal seperti ini, dapatlah membantu anak-anak muda di luar sana untuk mencari peluang pekerjaan dengan mudah serta menjimatkan masa dan kos.


Jesteru itu, informasi dan maklumat yang dikongsikan oleh portal seperti ini adalah sahih dan tepat. Anda tidak perlu risau berlakunya penipuan ataupun sebaliknya.


Bagi cik akak portal seperti ini adalah satu bonus yang berganda buat anda. 


Selain itu, terdapat juga berapa portal jawatan kosong yang lain. Antaranya adalah Jawatan Kosong Kuantan. Fungsi portal tetap sama, iaitu berkongsi tentang jawatan kosong serta informasi jawatan serta maklumat lain-lain. Portal ini akan berkongsi berapa jawatan kosong yang terdapat di Kuantan. 


Di sini juga, cik akak ingin perkenalkan korang dengan portal terbaru iaitu e-Pengambilan PDRM.  


E-Pengambilan PDRM  merupakan Portal Rasmi Web Polis Diraja Malaysia bagi pengambilan jawatan kosong Polis. Ia baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2020 dan baru dilancar pada 23 September 2020. 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih daripada 37,000 permohonan daripada pelbagai jawatan melalui sistem e-Pengambilan PDRM yang dilancarkan pada 23 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor


Anda berminat dengan kerjaya sebagai Polis, boleh akses portal tersebut untuk mendapatkan senarai jawatan kosong yang terlibat serta maklumat jawatan yang ingin dipohon. Syarat serta kelayakan pun dikongsi.

Untuk informasi, senarai jawatan yang terlibat adalah seperti berikut : 

Senarai Jawatan Yang Ditawarkan.

1. KONSTABEL POLIS YA1

2. SARJAN POLIS YA5

3. INSPEKTOR POLIS YA13

4. KONSTABEL POLIS YT1

 5. KONSTABEL POLIS ORANG ASLI YP1

Nampak tak betapa senang untuk mendapatkan informasi tentang jawatan kosong. Klik-klik, pasti anda jumpa jawatan kosong yang dicari. 


Bahkan pengisian jawatan hanya menggunakan online sahaja. Tak perlu nak mengepos atau mencetak sebarang dokumen. Lagi menjimatkan masa anda. 


Anda rasa entri ini memberi manfaat. Jangan lupa kongsi untuk anak-anak muda di luar sana. 


1 komentar:

avatar
Misya delete September 25, 2020 at 10:00 AM

TQ for sharing. Jemput join my GA ya! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post