-->

Sunday, September 27, 2020

author photo

Filem Kelaster (Astro First) Lakonan Azhan Rani, Nora Danish, Achey & Meerqeen : Filem Kelaster mulai tayang di Astro First pada 24 September 2020. Baru berapa hari disiarkan, nampak gayanya ramai yang suka dengan gandingan 4 pelakon iaitu Azhan Rani, Nora Danish, Achey & Meerqeen. 

Filem Kelaster ini adalah filem yang bergenre kisah seram komedi.


SINOPSIS KELASTER

Filem Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. 

Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. 

Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. 

Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai. Sebenarnya misteri apakah yang berlaku?

Berjayakah mereka mengatasi ketakutan dan keluar menyelamarkan diri?

Filem Kelaster merungai segalanya. Jangan lupa menonton menerusi Astro First tv anda. Hanya di rumah sahaja korang dapat menonton dengan bayaran yang cukup murah. 


 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post