-->

Saturday, September 19, 2020

author photo

eOperasi KPM - Aplikasi Pangkalan Data Bagi Guru Dan Bukan Guru (AKP) : Sepertimana yang kita maklum, aplikasi eOperasi ini telah lama wujud dan semua agensi pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan menggunakannya.  eOperasi merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menghimpunkan serta menyimpan data-data Guru dan AKP yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan.

Data yang terdapat dalam eOperasi adalah sulit dan tidak boleh disebarkan sesuka hati. Sebagai salah seorang penjawat awam di Kementerian Pendidikan, cik akak memang mempunyai akaun eOperasi ini. 

eOperasi menyimpan segala data peribadi, keluarga, gaji dan elaun, tarikh perkhidmatan, kelayakan akademik dan pengalaman pekerjaan serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan pegawai tersebut.

Mungkin ramai lagi tak mengenali eOperasi. Untuk memudahkan korang memahami lebih lanjut, korang boleh akses link ini >eOperasi.


Cara Login eOperasi KPM

Berikut dikongsikan cara yang betul dan tertib untuk mengakses eOperasi

Cara ini khas buat pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru)

  • Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
  • Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

eoperasi kpm

Bagi mereka yang mahu login buat kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran secara atas talian. Korang boleh daftar di sini >> https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Jika anda pengguna baru, ikuti langkah demi langkah di bawah. 

login eoperasi kali pertama

  1. Bagi pengguna pertama kali mendaftar anda  perlu mengisi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan. Jangan lupa catat pada note anda supaya lebih mudah untuk ingat.
  3. Akhir sekali klik butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran seterusnya.
Proses pendaftaran selesai. Anda perlu ikuti langkah seterusnya.

  1. LOG MASUK sistem eOperasi. Pasti anda mengguna butiran pada pendaftaran pertama kali tadi. 
  2. Sekiranya berjaya masuk login portal, mohon semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.

Bagi memudahkan pengguna eOperasi, Panduan Manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. 

Jika terdapat maklumat tidak tepat , anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

Hanya PK1/PK2/PK3 sahaja yang boleh mengemaskini data anda. 

manual pengguna eoperasi

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel helpdesk_smg@moe.gov.my. 

Selain itu, maklumat berkaitan eOperasi dan informasi lain-lain mengenai maklumat  ini juga boleh didapati pada laman web Portal Rasmi . Di samping itu, ia juga dikongsi menerusi laman web Portal Malaysia.


Jangan lupa share artikel ini bagi memudahkan bakal pengguna baru yang akan berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post