-->

Monday, September 28, 2020

author photo

Drama Perempuan Tanpa Dosa  Episod 1 - Episod 3 Gandingan Kamal Adli & Uqasha Senrose, mengisahkan kehidupan seorang anak gadis yang berkedudukan tinggi yang hidup penuh sosial hinggakan mengandung. Untuk menutup malu keluarga, bapanya telah mengahwinkannya dengan Rizal. Drama Perempuan Tanpa Dosa  sebuah siri drama arahan Micheal Ang yang  dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose,Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin .

Drama Perempuan Tanpa Dosa adaptasi novel yang sama ditulis oleh Fatinilam Sari Ahmad. Drama ini akan siar 28 episod penuh.

  • Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 >>https://t.me/perempuantanpadosa2020/345 
     
  • Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 2 - https://t.me/perempuantanpadosa2020/345   
  • Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 3 -   https://t.me/perempuantanpadosa2020/355 
  • Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 4 >>https://m.twitch.tv/minklepek

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman)terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily(Uqasha Senrose) dengan Riza(KamalAdli) l dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. 

Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. 

Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie(Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. 

Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah(Unaiya Arshad).

Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman(Yusuf Bahrin). 

Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?



Novel Perempuan Tanpa Dosa - Fatinilam Sari Ahmad

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa - Fatinilam Sari Ahmad


LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah.

“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan!

Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH.

Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka
bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal.

“Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL.

Senarai Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa 

  • Kamal Adli sebagai Rizal
  • Uqasha Senrose sebagai Lily Haryani
  • Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
  • Yusuf Bahrin sebagai Rahman
  • Zac Zaky sebagai Eddie
  • Hilal Azman sebagai Datuk Majid
  • Shaza Bae sebagai Yaya
  • Susan Menan
  • Datin Fadhillah Mansor sebagai Mak Som
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Leha
  • Azza Elite sebagai Habsah


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post