-->

Friday, September 25, 2020

author photo

Drama Bicara Cinta Episod 5 - Episod 8 Lakonan Adi Putra dan Emma Maembong - Slot Samarinda | Drama terbaru yang bersiaran menerusi Slot Samarinda tv3. Drama yang menggantikan drama Familiar Wife. Drama Bicara Cinta mulai siar pada 21 September 2020 akan datang. 

Drama Bicara Cinta juga akan menampilkan gandingan Adi Putra dan Emma Maembobg sebagai pelakon utama.

Plot Sinopsis Drama Bicara Cinta

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

Tonton Drama Bicara Cinta Episod 1 -Episod 16 (Akhir)

Drama Bicara Cinta Episod 1 - https://youtu.be/3Xbxd84AeQ8


Drama Bicara Cinta Episod 2 - https://youtu.be/mVRndX5mlFc


Drama Bicara Cinta Episod 3 - https://youtu.be/dRqo5Vy7Ozo


Drama Bicara Cinta Episod 4
- https://youtu.be/GF_85yd0xKU


Drama Bicara Cinta Episod 5
https://youtu.be/01PZGgJIim8


Drama Bicara Cinta Episod 6
https://youtu.be/JEFAU35O3WY

Drama Bicara Cinta Episod 7 -https://youtu.be/JfwxXq7aokA


Drama Bicara Cinta Episod 8 
-https://youtu.be/W6k-51Y3cO0

 Tonton Live >>https://www.xtra.com.my/live-tv/

Drama Bicara Cinta Episod 8



Sinopsis Bicara Cinta Episod 1

Anis Sofea, 18 merupakan anak tunggal kepada pasangan Zainuddin dan Zaleha. Dia telah diberikan kasih sayang dan sepenuh perhatian sedari kecil lagi. Zainuddin dan Zaleha memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Anis untuk menjaga kehormatan dan tatasusila sebagai seorang perempuan. Apatah lagi menjangkau usia 18 tahun, Anis seolah-olah diberikan kunci kebebasan daripada keluarganya bagi menentukan masa depan. Sikap kurang ajar Anis telah melampaui batas kesabaran Mahzan. Kekasaran Mahzan dihalang oleh Zaleha buat pertama kalinya perkara itu berlaku di hadapan matanya dan di hadapan orang ramai.


Sinopsis Bicara Cinta Episod 2

Setelah berpuluh tahun Zaleha makan hati, baru hari ini segalanya isi hatinya terlerai. Sikap sombong dan takbur Mahzan telah memusnahkan kebahagiaan yang cuba mereka bina. Zaleha sakit hati apabila Mahzan memfitnah yang Anis adalah anak hasil hubungannya dengan lelaki lain, bukan zuriat daripada keturunannya. Akibat daripada pergaduhan itu, Mahzan mengusir Anis sekeluarga di hadapan khalayak tetamu. Zaleha dan Anis malu besar dan bertekad untuk tidak menjejakkan kaki di rumah Mahzan lagi. Mayat Zaleha yang tidak dituntut oleh Mahzan membuatkan Anis berang. Mazhan tidak membenarkan Anis untuk melihat wajah Zainuddin buat kali terakhir.


Sinopsis Bicara Cinta Episod 3
Pulang ke rumah, Anis buntu. Dia cuba untuk menghubungi Saddiq namun gagal. Muncul Mahzan di rumah milik Zainuddin, mengusir Anis sehelai sepinggang. Anis melutut di kaki Mahzan supaya dirinya tidak diperlaku sekejam itu kerana dia sebatang kara. Mahzan langsung tidak menghiraukan pujuk rayu dan tangisan Anis. Sedang berjalan pulang masuk ke halaman, Rais melihat seorang gadis sedang menjemur pakaian di ampaian. Rais terdetak, wajah gadis yang samar-samar di belakang kain membuatkan Rais ingin tahu gerangan gadis cantik itu. Rais menyelak kain di ampaian dan terlihat wajah kudus Anis. Mereka bertentangan mata buat kali pertama.


Sinopsis Bicara Cinta Episod 4
Rambut hitam Anis yang menampar-nampar wajah apabila ditiup angin membuatkan Rais terpaku. Dia dan Anis saling berpandangan buat beberapa saat. Sehinggalah suara Hajah Humairah mengganggu pendengaran mereka. Rais dijemput Hajah Humairah untuk naik ke rumah. Anis terdetak, siapakah gerangan lelaki yang baik dengan neneknya itu? Nomi ternampak akan Rais yang membonceng Anis di pekan. Nomi menjadi marah.


Sinopsis Drama Bicara Cinta Episod 5

Kepulangan Nomi dari pekan dengan wajahnya yang masam menarik perhatian Khalid. Nomi menceritakan dia terserempak dengan Adee dengan seorang gadis cantik. Khalid memberitahu bahawa gadis itu adalah anak Zaleha sepertimana yang pernah diceritakan oleh Adee kepadanya. Nomi teringat kembali cerita cinta Zaleha dan Adee yang membuatkan cintanya tidak di layan oleh Adee. Rais ternyata menolak permintaan Tok Ali. Ini kerana usia mereka terlalu jauh untuk disatukan sebagai suami isteri. Malah, sehingga saat ini, dia belum ada apa-apa perasaan istimewa terhadap Anis. Tok Ali hampa.



Slot Akasia Drama Bicara Cinta 
ini bersiaran penuh sebanyak 16 episod sahaja. Nanti kemunculan gandingan mereka nanti. 

Nak beli novel, boleh dapatkan di laman shopee - https://www.google.com/amp/s/shopee.com.my/amp/NOVEL-MELAYU-BICARA-CINTA-i.81246979.1510953512

Drama Adaptasi Novel Bicara Cinta Karya Miss J. 


Sinopsis Novel Bicara Cinta : Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya? 





This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post