-->

Monday, September 28, 2020

author photo

124 Kes Covid Semalam 27.09.2020 Di Sabah Meningkat : Mungkin ada yang dah lupa dengan isu covid-19 yang melanda dunia. Namun masih adakah lagi yang mengamal skop seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan. 

Kini Malaysia telah mencapai 10K kes covid-19. Untuk data semalam sahaja, Sabah mencatat kes tertinggi dengan 124 kes. Bagaimana pula untuk kes hari ini. Semoga ada penurunan dan rakyat Sabah sentiasa berhati-hati apabila berada di luar rumah. Pastikan kita sama-sama mengamalkan skop penjarakan sosial dan elakkan berkumpul di tempat sesak.

Pastikan penggunaan pelitup muka juga dipraktikalkan bagi membantu diri-sendiri dan kerajaan untuk membenteras covid-19 yang melanda negara buat masa ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum, penularan Covid-19 di Negeri Sabah amat merisaukan. Semoga rakyat negeri itu sentiasa berwaspada. 

Sebagai rakyat Malaysia kita bantu kerajaan dan diri sendiri. Kita doakan Sabah kekal sihat dan Malaysia dapat mengawal situasi tersebut. #DoaUntukSabah

 

1 komentar:

avatar
Ai delete September 28, 2020 at 8:46 AM

Kat semenanjung pun dah mula meningkat. Haihhhh!

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post