Thursday, July 16, 2020

author photo
Sinopsis Drama Main Naa Bhoolungi - Slot Sonia | Drama terbaru berjudul Main Naa Bhoolungi bersiaran di slot sonia T3. Gandingan Aishwarya Sakhuja
dan Vikas Manaktala. Drama Main Naa Bhoolungi dibantu Avinesh Rekhi dan Nigaar Khan.


Sinopsis Drama Main Naa Bhoolungi 

Drama Main Naa Bhoolungi menyingkap kisah seorang isteri yang dikhianati oleh suaminya. Sedangkan isteri menyayangi dan menyintai suaminya sepenuh hati. Namun suami yang disayang dan dicintai sanggup membunuh isteri sendiri.  

Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta lalu berkahwin dengan Sameer. 

Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti bahagia dan sempurna. Namun sebenarnya Sameer hanya hidup dalam kepuraan menyintai Shikha.

Shikha langsung tidak mengetahui bahawa nama sebenar suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya tersendiri. 

Suatu hari, Sameer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Sameer menolak Shikha ke dalam gaung namun Shikha bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan. 

Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan benci, marah dan dendam. Dia nekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya. 

Untuk mendapatkan kemenangan dendamnya Shikha kemudian menukar namanya menjadi Samaira Seth dan turut merubah penampilannya menjadi lebih cantik berbanding dulu. 

Rupa - rupanya Aditya / Sameer sudah pun mempunyai isteri bernama Madhurima yang merupakan perancang utama segala rancangan jahat ke atas Shikha. 

Manakala Shikha pula berjaya masuk ke dalam syarikat Jaggannath Group sebagai brand ambassador mereka. Pada mulanya, Aditya yakin yang Samaira Seth itu adalah Shikha dan memberitahu isterinya mengenai Shikha yang masih hidup, namun isterinya Madhu tidak mempercayai kata - kata Aditya. 

Lama - kelamaan Aditya jatuh hati pula pada Samaira dan sanggup mengkhianati isterinya Madhurima. Rancangan Shikha makin berjaya apabila Aditya mengikut segala kata - katanya, namun bila Madhu mengetahui siapa sebenarnya Samaira, Madhu mula marah, begitu juga dengan Aditya yang turut mengetahui mengenai kebenaran Samaira Seth itu. 

Akhirnya Madhu dan Aditya kembali bersama dan merancang untuk membunuh Shikha. Berjayakah rancangan Madhu dan Aditya? Bagaimana kesudahan kisah Shikha di akhir drama.  Drama Main Naa Bhoolungi membongkar kisah mereka. 

1 komentar:

avatar
Sheila Adziz delete July 17, 2020 at 2:18 AM

Fuh suspen giler citer ni. Starting episod pun dh mencabar Minda... Huh dh lama X tgk tv. Bila dh tgk syok ooo

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post