Friday, July 17, 2020

author photo
Drama Pink Smile Gandingan Sweet Qismina & Fattah Amin - Slot Lestary |  Drama terbaru ini adalah adaptasi dari novel Pink Smile. Naskhah karya penulis Luna Adresia. Drama Pink Smile akan diterajui gandingan Sweet Qismina dan Fattah Amin.

Untuk makluman peminat drama, Drama Pink Smile mulai siar 31 Julai 2020 ini. Dan akan bersiar sebanyak 20 episod penuh.

Nantikan kisah Luna dan Kaz dalam Drama Pink Smile.

Judul Drama - Drama Pink Smile
Jumlah Episod - 20 Episod
Slot Lestary
Mulai 31 Julai 2020
Gandingan Sweet Qismina & Fattah Amin


Sinopsis Drama Pink Smile 
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Luna yang amat menyukai seorang pemuda bernama Areeq. Areeq merupakan pemilik sebuah coffeehouse; Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke Duncan CoffeeHouse, hanya untuk melihat jejaka impiannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan dengan si pemilik kedai. Setiap kali Luna bertentang mata dengan Areeq atau Areeq berada terlalu dekat dengannya, gadis itu akan jatuh pengsan seakan-akan terkena panic attack. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan sebuah layang-layang merah jambu.
Suatu malam, takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan si empunya kedai. Dari situ, insiden demi insiden menemukan Luna dengan jejaka impian lebih kerap. Dan tidak semena-mena, Areeq juga telah mengilhamkan menu Pink Smile dengan menjadikan gadis pelik yang datang ketuk pintu kedainya tengah malam itu, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu ialah senyumannya yang menampakkan baris giginya dengan pendakap gigi warna merah jambu.
Salah faham menjadikan hati Luna hancur dan dia mula cuba ingin melupakan Areeq tetapi tak pernah berjaya. Ada sahaja yang memaksanya untuk berhadapan dengan Areeq. Dan apabila salah faham itu usai, muncul pula Akif, sahabat karib Luna yang kembali membawa cinta yang selama ini tidak disedari mengakar sudah agak lama, cuma Akif yang kerap menafikannya. Tapi Luna tidak pernah mempunyai perasaan yang sama untuk Akif, sejak dulu lagi. Akif hanya dianggap sebagai seorang sahabat.
Areeq yang lambat sedar dia sebenarnya jatuh suka pada Luna akhirnya menunjukkan rasa cintanya hari demi hari. Ada sahaja alasan yang dia reka untuk menghabiskan masa dengan Luna. Luna yang merasakan semuanya itu mustahil kerap menolak kenyataan bahawa Areeq mungkin menyimpan perasaan yang sama padanya kerana tidak mahu kecewa. Pelbagai insiden mencuit hati antara dia dan Areeq membuatkan Luna terus dibuai pelbagai rasa. Dan sebaik semuanya jelas nyata, perasaan yang disimpan kemudian sama-sama diluahkan dan mereka mendapat



«« Baca Novel Pink Smile Bab 1 - Bab 15 «« https://www.wattpad.com/305887233-pink-smile-bab-1


Sinopsis Novel Pink Smile

“Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.”

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

“Eh, nak ke mana tu?”-Luna
“Nak lari jauh dari awak.”-Kaz
“Apa salah saya?”-Luna

“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”-Kaz

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan. Apa pasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu... Hehe... Apa cerita ni?”

Akif - Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

“Jadi isteri aku. Nak?”-Akif
“Eh! Kau...”
“Janganlah main-main macam ni weh. Takut aku! Haha!”-Luna

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post