Wednesday, July 8, 2020

author photo
Drama Hilang Yang Kembali Episod 2 | Seperti mana yang kita sedia maklum, pastinya ramai yang menantikan Episod Akhir Leftenan Zana. Biarpun drama tersebut telah pun ditayangkan, namun drama Leftenan Zana masih lagi menjadi intaian peminat. 

Drama Hilang Yang Kembali Ganti Drama Leftenan Zana, lakonan Aqasha, Emelda Rosmila dan Nafiz Muaz. Drama Hilang Yang Kembali akan bersiar sebanyak 12 episod penuh. Nantikan ulangsiar di slot lestary tv3.



Drama Hilang Yang Kembali Episod 1 - Episod 12 (Episod Akhir)

  • Hilang Yang Kembali Episod 1 - https://youtu.be/Q2moy5atYs8
  • Hilang Yang Kembali Episod 2 - https://youtu.be/UUcdsNv82T8




Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali
Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan. Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.
Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.
Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial. Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

1 komentar:

avatar
Misya delete July 9, 2020 at 8:46 AM

Best cite ni. Lain daripada yang lain.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post