Tuesday, July 7, 2020

author photo
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 4 | Drama Adaptasi novel Slot Akasia : Drama adaptasi novel yang akan bersiaran menerusi Slot Akasia TV3. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini adalah drama kesinambungan kisah drama terdahulu. Namun Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan hadir dengan berapa konflik kekeluarga, dendam dan cinta. 

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 antara drama adaptasi novel yang akan bersiar paling lama. Sebanyak 33 episod penuh. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 mulai siar 02 Julai 2020 akan datang bagi menggantikan drama Cetera Hati Diya.




Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 1 »» Episod 33 (Episod Akhir)

  • Mulai 24 Julai 2020 Drama 7 Hari Mencintaiku 2 hanya boleh ditonton secara online di https://www.iq.com/ atau boleh muat turun aplikasi iQIYI video - Dramas & Movies di google play smartphone anda. 

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 - Episod 33 (Akhir) »» https://www.iq.com/play/19rz60a9lk


Senarai pelakon 


Pelakon utama Drama 7 Hari Mencintaiku 2

  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi Samad
  • Hariesa sebagai Nurul Ain
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia "Nad" Samad
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Pelakon pembantu

  • Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
  • Idris Md Diah sebagai Pak Andak
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Niezam Zaidi sebagai Jali
  • Razzuan sebagai Fariz

Pelakon kanak-kanak

  • Fifi Laura Olivia sebagai Alisa Ariana
  • Putri Rafasya sebagai Harlina "Kenit"









Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Jumlah Episod Tayangan : 33 Episod 
Tarikh Tayangan : 02 Julai 2020

Sinopsis Drama 7 Hari mencintaiku 2 
Mia Adriana (Siti Saleha) dan Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”
Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia, Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) kembali membenci Mia Adriana semula.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.
Dalam kemelut yang berlaku, Nurul Ain (Hariesa) muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”
Helmi cuba menyedarkan emaknya.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post