Tuesday, June 9, 2020

author photo
Novel Seram - Novel 7 Kematian & Novel Lambaian Bulan | Novel genre seram yang anda boleh beli di laman buku prima. Novel 7 Kematian adalah Novel Terbaru yang diterbitkan pada 15 Mac 2020 lepas. Manakala Novel Lambaian Bulan diterbitkan Disember 2019. 


Sinopsis Novel 7 Kematian

Kematian hanyalah satu permulaan...

Datuk Makhtar sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Demi membalas dendam, dia perlu melengkapkan tujuh kematian yang berlainan sifat dan kekuatan. Namun begitu, Datuk Makhtar tidak menyedari dirinya bakal membangkitkan satu makhluk yang amat jahat dan kejam di atas dunia. Pertumpahan darah yang amat dahsyat bakal berlaku sekiranya makhluk hitam itu dihidupkan semula.

“Kejahatan takkan selesai selagi kiamat belum menjelang.” - KIYAI

“Makhtar jangan! Dengar cakap aku, jangan! Orang tua ni bukan manusia! Dia hanya ingin memperalatkan kau!” - DATUK KARIM

“Memang jin tu mampu membunuh. Silap langkah, darah dan daging kamu akan menjadi santapan.” - TOK BAKIN



Sinopsis Novel Lambaian Bulan

Melingkari Abad ke-18 sehingga 2018, generasi Nang Lana hidup dalam ketakutan. Penolakan Nang Lana untuk mewarisi amalan sihir yang kuat menimbulkan dendam dalam diri Melur. Anggun dipergunakan oleh Melur untuk membuat Nang Lana menderita. Nang Lana melarikan diri ke tempat baru, iaitu Kampung Tujuh Tanah. Tercetus huru-hara di situ. Warisan amalan sihir menjadi rebutan, lebih banyak nyawa menjadi korban. Nang Lana sentiasa selamat menjadi sebab buat Melur melakukan perjanjian dengan makhluk hitam.

Helah makhluk hitam telah menyebabkan kematian secara tidak wajar sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk Kampung Tujuh Tanah. ‘Pagar’ ghaib yang melindungi kampung dari anasir ‘jahat’ telah roboh. Kedatangan Andara, seorang pegawai polis untuk menyiasat kes kematian dan Azhar, pengamal spiritual membuka rahsia sebenar. Siapakah Melur yang sentiasa berusaha menggugah keimanan Nang Lana? Adakah sengketa yang berlaku di setiap generasi Nang Lana dan penduduk Kampung Tujuh Tanah akan berakhir?

“Apa yang ikut kau balik, Khairul? Makhluk jahat mana yang kau buru ni?” - Azhar

“Aku akan berikan korban yang aku cabut nyawanya baru-baru ini. Kau boleh ambil qarinnya untuk dijadikan hamba.” - Melur

“Dia menyantet orang dengan ilmu paling kejam. Santet tusuk konde. Amalan dari sihir lambaian bulan.” - Pawarka.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post