Wednesday, June 3, 2020

author photo
Novel Alaf21 Baharu - Novel Sekilas Kenangan, Novel Projek Seram GUNUNG, Novel Bayangan & Novel Uncle Bos Mama | Novel ini dijual dan boleh didapatkan pada laman web karagkrafmall. Novel Alaf21 baru yang dijual di web tersebut. Berminat boleh singgah karangkrafmall.



SINOPSIS SEKILAS KENANGAN
Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit pada masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatannya gara-gara trauma yang dihidapi. Lantaran itu, Tihani merasakan hidupnya kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan.
 
Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar bersama herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus berasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.
 
Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi.
Akhirnya, Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.
 
“Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik yang berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!” – Jihad Amjad
Tanpa mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai.
 
“Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu... saya boleh cuba ceritakan sebab sekarang saya dah ingat.” – Ainul Tihani


Novel Projek Seram GUNUNG

SINOPSIS RAJA GUNUNG - ARIFFUL BAQI
Caption : Dia Berdendam Demi Menjadi yang Paling Berkuasa!
Kisah ini bermula apabila perasaan hasad dengki menguasai hati. Gelaran ‘Raja Gunung’ yang selama ini disandang oleh Shazwan rupa-rupanya ingin dirampas sehingga terjadinya tragedi. Lebih menyedihkan apabila kawan sendiri menjadi pengkhianat. Tidak sangka gelaran ‘Raja Gunung’ yang dibangga-banggakan selama ini akhirnya memakan diri sendiri.
“Beberapa jam lagi ritual akan bermula. Harap kamu semua bersedia. Malangnya, tiga orang rakan kamu masih belum ditemui. Mereka hanya bernasib baik kerana tidak perlu mati pada malam ini. Tetapi tetap akan dicumbu maut selagi mereka masih berada di pergunungan ini,”
 
SINOPSIS TALBIS - FITRI HUSSIN
Caption: Datang Tak Kembali…
Daniyal yang terkena sihir pawang orang asli berjaya dipulihkan oleh Rashidi. Daniyal berasa sangat kagum dengan ilmu batin yang dimiliki oleh anak muda itu. Timbul keinginan di hati Daniyal ingin mempelajari ilmu itu. Apatah lagi Syatila masih tidak serik dan menggunakan ilmu hitam pula untuk memiliki cinta Daniyal. Lebih membimbangkan apabila Zandra, tunang Daniyal turut menjadi sasaran Syatila. Kegilaan Syatila menjadi penyebab untuk Daniyal menguasai ilmu yang sama dengan Rashidi. Daniyal perlu bertapa di sebuah gunung. Namun mampukah Daniyal melepasi segala dugaan yang menjadi syarat untuk memiliki ilmu batin itu?
 
SINOPSIS PETUALANG - S. KAUSARI
Caption: Ada perkara lebih baik dibiarkan terus menjadi misteri!
Seorang wartawan bernama Rashdan yang mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan stres selepas trauma cuba memulihkan keadaan mentalnya dengan bercuti di sebuah kampung berhampiran sebuah gunung. Dia terjebak dalam rancangan untuk meneroka lombong lama dan rumah peninggalan pegawai Inggeris di atas gunung setelah bercerita dengan penduduk kampung. Mimpi aneh yang sering dialaminya dianggap sebagai satu petanda. Satu demi satu rahsia terbongkar hingga menyebabkan seorang demi seorang hilang dalam kumpulan pendaki itu.




Sinopsis Novel Bayanga

Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tetapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar.
 
Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tetapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi? Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar.
 
Tetapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri.
 
“Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak.” - Nizam
 
“Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni.” - Fauziah
 
“Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang.” - Irwan
 
“Saya rasa macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam.” - Hajar




Sinopsis Novel Uncle Bos Mama

Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga?
 
Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.
 
Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya. Dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.
 
“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH
 
Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaila si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Campur dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tetapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.
 
Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?
 
“Uncle Bos Mama ni, bos mama kita orang.” SHAILA

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post