Friday, June 26, 2020

author photo
Minggu Akhir Drama Cetera Hati Diya Episod 13 - Episod 15 (Episod Akhir) Drama adaptasi novel berjudul Isteri Aku Kalis Cinta. Menampilkan gandingan Azar Azmi dan Fattah Amin sebagai tunggak utama.

Drama Cetera Hati Diya akan bersiaran di Slot Akasia bagi menggantikan Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe. 

Drama Cetera Hati Diya bersiaran 15 episod penuh. Nantikan kisah Diya dalam Drama Cetera Hati Diya.

Tonton Drama Cetera Hati Diya Episod 1 - Episod 15 (Episod Akhir)

  • Episod 1 «« https://youtu.be/HJtkbtuL4ek
  • Episod 2 «« https://youtu.be/qhbs_bf9PDs
  • Episod 3 «« https://youtu.be/iJgCfIteRNE
  • Episod 4 «« https://youtu.be/QVuSMb4WRQI
  • Episod 5 «« https://youtu.be/9OeX97X8LtQ
  • Episod 6 «« https://youtu.be/D4Sch8O-zIw
  • Episod 7 «« https://youtu.be/vD7vW2fNqqA
  • Epiosd 8 «« https://youtu.be/zeW5mHbMlQQ
  • Episod 9 «« https://youtu.be/H674c-i5CW0
  • Episod 10 «« https://youtu.be/6ZHPfLeW-gA
  • Episod 11«« https://youtu.be/TZtwGWhV510
  • Episod 12 «« https://youtu.be/ysp-XgJ0unE
  • Episod 13 «« https://youtu.be/XoX2csWtXBA
  • Episod 14 «« https://youtu.be/Dgh6clgEBQY
  • Episod 15 (Episod Akhir) «« https://youtu.be/usSMYdyXUpM

  • Cetera Hati Diya Episod 1 - Episod 15 (Episod Akhir) «« https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIuY5S8PCKDk7teDTCEt-z1kq



Sinopsis Drama Cetera Hati Diya 
Mengisahkan Adelia Dayana (Diya) telah lama menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak mempercayai mana-mana lelaki. Ini disebabkan oleh peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya. Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung apabila dikejarkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga lalu keguguran. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.
Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin. Zahil menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.
Mereka berkahwin namun Diya masih bersikap dingin dengan Zahil dan Zahil terus cuba mencuri hati isterinya. Langit tidak selalu cerah, Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.



Sinopsis Novel Isteri Aku Kalis Cinta
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.
Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.
Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!
Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup
rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.
“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.
Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak
kepada Diya untuk membuat pilihan.
Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?
‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam
dan penantian.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post