Tuesday, June 2, 2020

author photo
Geran Khas Prihatin Dibayar Mulai 15 Jun 2020 |  Geran Khas Prihatin salah satu bantuan kewangan RM3000 yang dibayar secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat covid-19.

Permohonan mulai dibuat pada 01.05.2020 hingga 15.05.2020. Permohonan hanya secara online «« https://gkp.hasil.gov.my/

Sepertimana yang kita sedia maklum, setiap permohonan pasti ada syaratnya. Untuk permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 ini, pemohon semestinya, 


  • Warganegara Malaysia
  • Jumlah Perolehan Tahunan Kurang Daripada RM300,000
  • Pekerja kurang daripada 5 orang ( todak termasuk pemilik)
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum 31 Disember 2019
  • Masih Aktif Menjalankan Perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Untuk semakan kelulusan, pemohon boleh menyemak mulai esok 03.06.2020 (Rabu). 

Bagi pemohon yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15.06.2020. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semakan status permohonan boleh dibuat mulai esok dan bagi mereka yang lulus, jumlah pembayaran sebanyak RM1.47 bilion akan dibuat mulai 15 Jun ini. 

"Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga. 

"LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun," katanya.


Antara syarat yang perlu untuk memohon.

Bilakah Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Akan Dibuat?

Pembayaran dijangka pada Jun 2020 dan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang aktif. 

Keputusan boleh disemak mulai Minggu Pertama Jun 2020.

Semakan kelulusan ««https://gkp.hasil.gov.my/

Untuk lebih kepastian boleh rujuk soalan lazim berkaitan Geran Khas Prihatin di bawah. 




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post