Friday, June 5, 2020

author photo
Drama Kampung People 2 Akan Ditayangkan | Drama Kampung People 2 akan menayangkan kesinambungan kisah keluarga Razif. Kampung People Siri 1 ditayangkan pada tahun 2019.

 Kampung People sekali lagi diulangsiar, bersiaran di Slot Lestary yang menggantikan Drama The Gadis. Drama Kampung People adalah drama yang pernah menjadi trending pada tahun tersebut. Bagi yang ingin menonton kembali kisah suka duka keluarga Encik Razif , jangan lupa menonton Episod 1 hingga Episod 13.


Senarai Pelakon Utama Kampung People :


Gandingan Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Razak Ahmad, Shah Kimin dan ramai lagi. 


Drama Kampung People bersiaran 13 episod penuh. Nantikan siaran mulai minggu ini, setiap Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam.di tv3.

Untuk siri 2 adakah pengarah masih mengekalkan pelakon utama tersebut. Sama-sama kita nantikan kisah Kampung People 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.



Drama Kampung People Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir) «« https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIua-PEuV62DNkS3WiAVQd30I&feature=share


Sinopsis Drama Kampung People : 

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. 


Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. 


Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. 


Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.


Laila dan keluarga berhijrah ke kampung dan menukar identiti mereka bagi mengelakkan diri daripada ancaman kumpulan gangster selepas ayahnya, Razif menjadi saksi terdapat satu kes jenayah.



1 komentar:

avatar
Sis Lin delete June 5, 2020 at 9:23 AM

Waaa tak sabarnyaa nak nungguu, kali ni mesti lagi kelakar dan haru hahahahaha

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post