Thursday, May 7, 2020

author photo
Ulangtayang Drama Pia Episod 1 - Episod 15 (Episod Akhir) : Drama terbaru ganti drama Cinta Non Grata. Drama kali ini menggandingkan Alif Satar dan Zara Zya sebagai terajui utama. Bakal bersiaran 15 episod penuh menerus slot lestary tv3.


Judul Drama : Pia
Jumlah Episod : 15 Episod
Lakonan : Alif Satar & Zara Zya

Tonton Drama Pia Episod 1 - Episod 15 (Akhir) «« https://m.youtube.com/watch?v=AjD2CxsTtH0&list=PLaXOt0nSNIuZ6mD4BhTC8-Cdurf8-NZqd&index

Sinopsis Drama Pia | Selepas kedua-dua ibu bapanya dihukum mati kerana mengedar dadah, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya. 
Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. 


Drama ini mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.


Sinopsis Drama Pia Episod 1

Pia membantu ibunya menjaga Budi yang mempunyai masalah celebral palsy sejak dilahirkan. Suatu hari selepas ayah mereka pulang, tiba-tiba ada ketukan kuat di pintu dan mereka dikejutkan dengan kehadiran dua orang lelaki. Berlaku pergelutan antara ayah Pia, Azim dan dua orang lelaki itu sehingga ayah Pia ditikam hingga mati. Ibu Pia, Roki yang bisu dibelasah dengan teruk. Pia yang ketakutan menelefon polis.
Sinopsis Drama Pia Episod 2

Pia tumbuk Jibon tetapi tiada luka yang serius. Jibon malu kerana dia ditumbuk dengan perempuan. Sewaktu Pia sedang marah, Budi buat hal sehingga Pia berasa terlalu kecewa. Dia membawa adiknya ke sebuah tempat yang tidak jauh dari rumah Pak Long Mat. Pia tinggalkan adiknya sendirian. Budi yang tidak pernah ditinggalkan jadi ketakutan bila sendirian.


Sinopsis Drama Pia Episod 3

Jibon sudah tamat pengajian datang melawat Pia di butik tempat kerjanya. Jibon sangat mengambil berat tentang Pia dan ingin berkahwin dengannya, akan tetapi dia mendapat tawaran bekerja di luar negara dan salah satu syaratnya dia perlu kekal bujang. Pia menggalakkan Jibon untuk menerima tawaran itu dan andai ada jodoh pasti mereka akan bertemu jua. Hubungan Zafran dan Pia masih seperti biasa dan Zafran rajin menghubungi Pia.

Sinopsis Drama Pia Episod 4

Zafran yang sedang kecewa dengan Mak Ngah Ila mengambil keputusan untuk mengahwini Pia. Zafran tetap akan meneruskan hasratnya walaupun ditentang kerana pada dia Mak Ngah Ila cuma ibu saudara yang menumpang di rumah ayahnya. Dia langsung tidak kisah dengan jasa Mak Ngah Ila. Yusuf serba salah akhirnya bersetuju membenarkan Zafran berkahwin dengan Pia dan syaratnya dia harus hidup sendiri selepas berkahwin. Zafran setuju.

Sinopsis Drama Pia Episod 5

Zafran dan Pia terpaksa membatalkan percutian mereka. Mereka tiba di hospital dan Budi sedang diberikan rawatan. Pia temankan Budi di hospital sepanjang malam dan Zafran pulang dengan perasaan bengang. Selepas beberapa hari, Budi dibenarkan keluar dan Pia membawanya pulang. Zafran bermasam muka kerana sia-sia sahaja dia menghabiskan duit di pusat tersebut. Budi yang terdengar perbualan itu meminta Pia menghantarnya ke pusat.

Sinopsis Drama Pia Episod 6

Budi menghubungi kakaknya dan menunjukkan betapa dia gembira menyambut puasa bersama keluarga Nini. Malam itu selepas pengunguman puasa, Zafran mengajak keluarganya untuk berterawih di masjid. Zafran mengajak Mak Ngah Ila, tetapi Mak Ngah Ila tidak mahu satu kereta dengan Pia. Zafran tidak menyangka Mak Ngah Ila berperangai sebegitu dan memikirkan Pia tidak faham apa-apa, dia menggunakan bahasa isyarat untuk menghina Pia. Pia menahan sedih dan marahnya kepada Mak Ngah Ila.

Sinopsis Drama Pia Episod 7

Pia bersemuka dengan Zafran dan ingin mengetahui mengapa Zafran tidak boleh menerima Budi dalam hidupnya. Mereka bertengkar, Zafran tidak dapat mengawal dirinya apabila Pia asyik membela Budi sampai dia telah menampar Pia dengan kuat. Pia terkejut dan tidak menyangka Zafran boleh bertindak sedemikian. Rupa-rupanya Zafran sudah terbiasa didera oleh ibu tiranya dahulu dan sebeb itu dia menggunakan kekerasan sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan masalah.

Sinopsis Drama Pia Episod 8

Zafran memberitahu Pia tentang hasratnya untuk menikahi Qis dan Pia bersedia untuk mengundur diri. Pia bangun sewaktu mereka sedang berbincang dan Zafran merasakan tindakan Pia biadap. Dia menarik tangan Pia sehingga tergelincir dan terjatuh. Zafran terperanjat sebab dia tidak sangka akan jadi sebegitu. Tiba-tiba Pia kesakitan dan tidak boleh bangun, Zafran terpaksa mengejarkan Pia ke klinik berhampiran dan doktor memaklumkan Pia mengalami keguguran.

Sinopsis Drama Pia Episod 9

Pia datang melawat Budi di pusat jagaan dan dia pengsan di sana. Sebelum menghantar Pia pulang ke rumah, Dr. Karl membawa Pia ke bazar Ramadan dan Mak Ngah ternampak mereka berdua. Di rumah, berlaku pertengkaran antara Pia dan Mak Ngah sehingga Mak Ngah menghalau Pia dari rumah. Mak Ngah menuduh Pia mempunyai hubungan sulit di luar dan dia mahu memberitahu Zafran supaya Zafran akan menceraikan Pia.

Sinopsis Drama Pia Episod 10

Zafran dipaksa berhenti kerja atas nasihat majikannya kerana keluarga Qis mahu menjauhkan Qis dari Zafran. Ibu bapa Qis merasakan Zafran membawa pengaruh tidak baik pada anak mereka. Jibon cuba mencari Pia di tempat kerjanya tapi gagal. Majikan Pia menceritakan apa yang terjadi antara Pia dan Zafran pada Jibon.

Sinopsis Drama Pia Episod 11

Zafran terlalu marahkan Mak Ngah yang menuduh Pia curang sehingga dia sanggup menghalau Mak Ngah dan menyuruhnya bawa Pia pulang semula. Zafran tidak menyangka yang Mak Ngah terasa sehingga dia betul-betul keluar dari rumah itu. Semua orang marahkan Zafran di atas kehilangan Mak Ngah.

Sinopsis Drama Pia Episod 12

Zafran dimasukkan ke hospital selepas pengsan di surau tempat mereka mengaji sewaktu kecil. Pia mengetahui berita Zafran menerusi pesanan video kiriman Zeti dan dia rasa amat bersalah. Keesokan harinya, Pia ke hospital untuk melawat Zafran dan Zafran kelihatan terlalu lemah. Mak Ngah pula masih meneruskan misi mencari Pia sehingga ke butik tempat dia bekerja.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post