-->

Sunday, May 31, 2020

author photo
Lebih Mudah Muatturun "Payslip" Dengan Aplikasi ePayslip JANM mobile : Bila masuk hari gaji, pasti ramai yang login ANM untuk menyemak gaji. Tapi kadang-kadang dekat sejam menunggu masih juga tak nampak dashboard payslip. 

Ramai yang login.
Pasti web tengah panas dan sesak.
Kadang selang sehari baru dapat login.

Payah kan. Sebelum gaji kena juga semak payslip. Takut duit gaji tak cukup. Kemungkinan ada kesilapan tak terjangka. 

Mula-mula dulu cik akak tak perasan pula ada aplikasi epayslip. 

Guna epayslip ini lebih mudah. Tak perlu tunggu giliran nak dapatkan nombor. Internet pun tak sesak.

Hanya sekali sahaja korang Download ke telepon bimbit anda. 

Siap download, terus daftar. 

Pendaftaran pun mudah. 

Cik akak guna aplikasi ini bermula April 2020. Memang sangat mudah nak muatturun payslip.

Ok...korang boleh download aplikasi ini di google play. Tapi iphone cik akak tak pasti pula. Mungkin boleh mungkin tidak. 



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post