-->

Thursday, May 14, 2020

author photo
Drama The World Of The Married Episode 16 (Episod Akhir)  : Drama terbaru yang bersiaran mulai 27 Mac 2020. Drama The World Of The Married akan bersiar sebanyak 16 episod penuh. 

Drama ini adalah adaptasi drama britain berjudul Doctor Foster

Drama The World Of The Married ini boleh ditonton di aplikasi viu. 

Ternyata ramai yang mengikut kisah Ji Sun-Woo dan pasangannya. Konflik kekeluargaan yang ditampilkan drama ini, mengundangkan debat antara peminat drama tersebut. Plot drama ini menyingkap kisah realiti dalam kehidupan suami isteri. Kecurangan berlaku kerana ketamakkan seorang lelaki dan konflik mertua yang campur tangan dalam hubungan tersebut.

Drama The World Of The Married Episode 16 (Episod Akhir) menyingkap kesudahan kehidupan pasangan tersebut. Jangan lupa menonton di aplikasi viu. Berjayakah hubungan tersebut diselamatkan. Isk tension kan..tak sabar...



Tonton Drama The World Of The Married «« https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-a_world_of_married_couple-playlist-26269196

Boleh juga tonton di sini «« https://wwv.newasiantv.tv/watch/the-world-of-the-married-episode-1-1xa18e0e-engsub.7239.132911.html



Sinopsis The World Of The Married 

mengisahkan seorang doktor bernama Ji Sun-Woo (Kim Hee Ae) yang memiliki kehidupan yang hampir sempurna. Sungguhpun memiliki segala-galanya, Ji Sun-Woo mengesyaki suaminya, Lee Tae Oh bermain kayu tiga.
Hal ini kerana, Ji Sun-Woo menjumpai pelembap bibir rona merah dalam kocek jaket suaminya.
Benar seperti dijangka, Ji Sun-Woo mendapati suaminya sedang berlaku curang. Lebih memburukkan keadaan, suaminya berselingkuh dengan rakannya sendiri. Sejak itu, kehidupan mereka mula berubah.
Untuk rekod, The World Of The Married adalah adaptasi drama bersiri dari Britain, Doctor Foster yang pernah disiarkan di BBC One pada 2015 dan 2017. Ia dibintangi Suranne Jones dan Bertie Carvella.

Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) adalah doktor perubatan keluarga. Dia berkahwin dengan Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Dia sepertinya memiliki segalanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi tanpa disedari olehnya, dia dikhianati oleh suaminya dan rakan-rakannya. Sementara itu Lee Tae-oh bermimpi menjadi pengarah filem terkenal. Dia menjalankan perniagaan hiburan dengan sokongan isterinya. Walaupun dia mencintai isterinya, Lee Tae-Oh jatuh ke dalam hubungan yang berbahaya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post