Tuesday, May 26, 2020

author photo
Drama Runi & Solah Lakonan Adik Zareef Yusof & Adik Nik Adam Mika : Slot setulus ikhlas sekali lagi datang dengan karya terbaru berjudul Drama Runi & Solah. 

Drama Runi & Solah ini mengisahkan kanak-kanak yang lahir di luar negara dan kembali ke kampung halaman ibu dan bapanya. Pelbagai kisah berlaku dalam kehidupan Runi. 

Drama ini menampilkan gandingan adik Zareef Yusof dan adik Nik Adam Mika. Untuk pengetahuan anda, Drama Runi & Solah bersiaran hanya 4 episod penuh. Saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis jam 12.00 tengah hari. Tarikh mulai siaran 25.05.2020.


«« Drama Runi & Solah Episod 1 - Episod 4 «« https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIuYnBwqtVQNYZ5uPoP07HoEO

Sinopsis Drama Runi & Solah

Runi, seorang kanak-kanak dilahirkan di luar negara berpindah ke Malaysia bersama ibu bapanya dan tinggal di kampung. Rahman dan Salina cuba membiasakan diri mengajar anak-anaknya Rose dan Runi untuk bertutur bahasa Melayu. Kini, Salina buat bisnes menjual tudung dan telekung. Rahman kemudian memasukkan Runi ke kelas Fardhu Ain di masjid yang diajar Ustaz Hafiz. Rose yang pertama kali bertemu Ust Hafiz sudah jatuh hati padanya. Lantaran itu, Rose mula mengenakan tudung dan beri juadah berbuka untuknya. Runi memulakan persekolahannya. Dia sekelas dengan Solah, Zaki, Ijam dan Suraya. Solah dan Ijam agak nakal suka mengusik Runi. Mereka dapati Suraya selalu dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Waktu petang, Runi ke kelas Fardhu Ain dan Ust Hafiz mengajar cara niat puasa. Suatu hari, Runi, Zaki, Solah dan Ijam mengintip ke rumah Suraya nak tahu sebab Suraya selalu lambat siapkan kerja sekolah. Rupanya-rupanya Suraya sibuk membantu ibunya buat kuih untuk dijual.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post