Tuesday, May 5, 2020

author photo
Drama Korban Kasih Episod 1 - Episod 30 (Akhir) : Slot widuri sekali lagi memaparkan kisah kehidupan kekeluargaan serta konflik keluarga dan cinta. Drama Korban Kasih akan bersiaran 30 episod penuh. Menampilkan gandingan pelakon antaranya Zara Zya, Saharul Ridzwan, Hasnul Rahmat, Dynas Mokthar, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah dan Azrel Ismail. 

Drama Korban Kasih merupakan drama adaptasi novel Korban kasih karya Fatimah Saidin.

Judul Drama : Korban Kasih
Jumlah Episod : 30 Episod
Setiap Isnin - Ahad 
Di TV1 - 7.00 malam
Lagu OST Drama Korban Kasih : Sampai Syurga - Ezad Lazim feat Idayu

Tonton Drama Korban Kasih Episod 1 - Episod 30 (Episod Akhir)

»»https://kbergetar2.blogspot.com/2020/04/drama-korban-kasih-episod-sinopsis.html?m=1


OST Drama Korban Kasih - Sampai Syurga - Ezad Lazim feat Idayu

Lirik Lagu Sampai Syurga - Ezad Lazim feat Idayu

Cinta kita ditakdirkan
Sungguh sulit
Cinta yang seharusnya
Sampai Syurga

Namun kisah
Cinta ini ku rasa
Berbeza hadirnya amarah
Yang tak pasti
Mengapa

Ku.. 
Tahu hanya Yang Esa mampu
Memberikan rasa cinta yang 
Ku dambakan selalu

Ku..
Tahu cinta yang tak terhapus
Harusku pasrah menyintaimu
Satu pengorbanan agung

Rasa ingin memiliki
Cinta itu
Walau sukar
Untuk ku kecap bahagia

Hanya mampu
Ku redha dan berserah
Kerna ku yakin kasih itu pasti
Hadir padaku

Ku.. 
Tahu hanya Yang Esa mampu
Memberikan rasa cinta yang 
Ku dambakan selalu

Ku..
Tahu cinta yang tak terhapus
Harusku pasrah menyintaimu
Satu pengorbanan agung

Cintaku padamu..
Satu anugerah tuhan

Bersemadi dalam hati
Sampai syurga kan ku nantikan

Ku.. 
Tahu hanya Yang Esa mampu
Memberikan rasa cinta yang 
Ku dambakan selalu

Ku..
Tahu cinta yang tak terhapus
Harusku pasrah menyintaimu
Satu pengorbanan agung

Dibintangi oleh


Saharul Ridzwan
Azrel Ismail
Zara Zya
Ummi Nazeera
Dynas Mokhtar
Hasnul Rahmat

Ezzaty Abdullah


Sinopsis Drama Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya.

Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain.

Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.


Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih


Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.
Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).
Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.
Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.
Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.
Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.
Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post