Thursday, May 14, 2020

author photo
Drama Di Hujung Ranting Episod 1 - Episod 30 (Episod Akhir) Gandingan Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf & Dayang Areeda | Drama adaptasi novel karya Indah Hairani berjudul Di Hujung Ranting. Karya novel ini mempunyai dua naskhah kesinambungan. Nampak gayanya drama ini akan merangkumi dua novel tersebut. 

Drama Di Hujung Ranting diterajui Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf & Dayang Areeda.

JUDUL DRAMA : DI HUJUNG RANTING
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TAYANGAN MULAI : 24 April 2020
WAKTU SIARAN : Setiap hari, 5.30 petang
SIARAN TV : TV2 (RTM)

Tonton Drama Di Hujung Ranting Episod 1 - Episod 30 (Episod Akhir) «« https://myklik.rtm.gov.my/search?s=Di%20hujung%20ranting


WATAk PELAKON Nad Zainal sebagai Mawar Shukri Yahaya sebagai Amar Dayang Areeda sebagai Fatin Amar Asyraf sebagai Hakim Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi Afzan A Rahman sebagai Helmi Silfeny Osman sebagai Syuhadah LAGU TEMA / OST
Inikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Inikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi

Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Tapi aku keliru
Adakah kau juga memikirkan aku

Kenapa asyik
Teringatkan dirimu
Rindunya hati bila
Kau tiada di sisi menemani ku

 Kau kan ku pastikan
Jadi milikku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Oh oh…

Bila bersamamu
Hatiku tak menentu
Pandangan matamu membuat
Hidupku bagai di buai mimpi

Ku kan menunggu
Tibanya waktu itu
Di saat kau katakan
Yang dirimu juga mencintai aku

Dan ingin selalu
Dekat dengan ku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Bagaimana hendak ku katakan
Yang aku amat mencintaimu
Bila bertentang mata
Aku menjadi kaku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Oh tiada di sini…


SINOPSIS DI HUJUNG RANTING


Mawardah, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi, pemilik sebuah café dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Amar seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim. Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan.
Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.
Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.
Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.




Sinopsis Novel Di Hujung Ranting


Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.




Sinopsis Novel Di Hujung Ranting 2

Kerana luka dia meredah samudera bersama anak kecil dan datang ke sini. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke pulau ini, sepanjang malam dia menangis. Setiap kali Amar Hakimi menangis, dia akan ikut menangis. Kehadiran ke sini pun tidak diberitahu pada sesiapa pun termasuk pada Amar. Dia tahu Amar pasti kecewa dengan kepergiannya. Dia telah berjanji pada dirinya, dia tidak akan menerima lelaki dari keturunan Datin Fatimah. Manusia bergelar MAWARDAH ini tidak cukup mulia untuk menjadi anggota keluarga orang kaya itu. Andai waktu bisa diundur, dia tidak ingin berkenalan dengan Amar dan juga Hakim. Kesilapan yang tidak dilakukan, akhirnya Hakim melepaskannya. Fitnah ke atas dirinya sangat berat. Namun dia redha. Amar kembali melamar cintanya. Apakah dia menerima Amar? DI HUJUNG RANTING 2 memberi jawapan kepada persoalan itu.


LAGU TEMA / OST Drama Di Hujung Ranting

Inikah Dikatakan Cinta - Sufian Suhaimi


Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Tapi aku keliru
Adakah kau juga memikirkan aku

Kenapa asyik
Teringatkan dirimu
Rindunya hati bila
Kau tiada di sisi menemani ku

Kau kan ku pastikan
Jadi milikku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Oh oh…


Bila bersamamu
Hatiku tak menentu
Pandangan matamu membuat
Hidupku bagai di buai mimpi

Ku kan menunggu
Tibanya waktu itu
Di saat kau katakan
Yang dirimu juga mencintai aku

Dan ingin selalu
Dekat dengan ku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Bagaimana hendak ku katakan
Yang aku amat mencintaimu
Bila bertentang mata
Aku menjadi kaku

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Inikah dikatakan cinta
Tidak keruan aku dibuatnya
Resah gelisah memikirkan dirimu
Tiada di sini

Oh tiada di sini…

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post