Monday, May 4, 2020

author photo
Drama Bukan Gadis Biasa Episod 1 - Episod 28 (Episod Akhir) : Bila kehidupan zaman kanak-kanak dipenuhi dengan kisah duka, konflik dan kurang kasih sayang, akhirnya menjadikan individu tersebut memberontak dan inginkan kebebasan. Inilah yang berlaku kepada Johana dan Rayyan dalam DRAMA BUKAN GADIS BIASA.

DRAMA BUKAN GADIS BIASA ini akan bersiaran menerusi Slot Akasia. Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Kemungkinan menggantikan drama Seadanya Cinta.


JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
Isnin - Sabtu 
7.00 malam - TV3

Bukan Gadis Biasa Episod 1 -Episod 28 »»https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIubjwvFI3IRlAYt2sHNf8Uj6&feature=share


Bukan Gadis Biasa

BUKAN GADIS BIASA menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. 

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

SINOPSIS DRAMA BUKAN GADIS BIASA

Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan (Remy Ishak) memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian (Zarul Husin) untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah (Sheila Rusly) yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.


Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

SINOPSIS NOVEL BUKAN GADIS BIASA
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’. 

“Jo cakap macam tu sebab Jo tomboi? Manusia boleh berubah, Jo. Saya boleh bimbing Jo kalau Jo mahu beri saya peluang. Saya boleh beri Jo masa depan yang lebih baik…” ~ Amirul


Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip. 

“Kau boleh cakap kau bukan milik aku. Tapi, aku akan tetap beritahu satu dunia, aku milik kau.” ~ Rayyan

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

“Apa? Kalau ada lelaki lain syok kat aku, kau nak buat apa? Nak bunuh semua orang yang cakap dia cintakan aku?” ~ Johana

“Tak. Aku akan cintakan kau lebih.” ~ Rayyan

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post