Sunday, May 31, 2020

author photo
Bilakah Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Akan Dibuat? Geran Khas Prihatin salah satu bantuan kewangan RM3000 yang dibayar secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat covid-19.

Permohonan mulai dibuat pada 01.05.2020 hingga 15.05.2020. Permohonan hanya secara online «« https://gkp.hasil.gov.my/

Sepertimana yang kita sedia maklum, setiap permohonan pasti ada syaratnya. Untuk permohonan Geran Khas Prihatin RM3000 ini, pemohon semestinya, 


  • Warganegara Malaysia
  • Jumlah Perolehan Tahunan Kurang Daripada RM300,000
  • Pekerja kurang daripada 5 orang ( todak termasuk pemilik)
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum 31 Disember 2019
  • Masih Aktif Menjalankan Perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
Antara syarat yang perlu untuk memohon.

Bilakah Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Akan Dibuat?

Pembayaran dijangka pada Jun 2020 dan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang aktif. 

Keputusan boleh disemak mulai Minggu Pertama Jun 2020.

Semakan kelulusan ««https://gkp.hasil.gov.my/

Untuk lebih kepastian boleh rujuk soalan lazim berkaitan Geran Khas Prihatin di bawah. 




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post