Thursday, April 2, 2020

author photo
Drama Ironi Kasih Episod 1 - Lakonan Aqasha & Intan Najuwa : Semalam baru tamat drama Seindah 7 Warna Pelangi dan akan digantikan dengan drama terbaru berjudul Drama Ironi Kasih. 

Drama Ironi Kasih menampilkan gandingan Aqasha dan Intan Najuwa. Bersiaran 02 April 2020 hingga 22 April 2020. 


Jumlah episod penuh 15 episod. Nantikan kisah mereka dalam Drama Ironi Kasih.



Drama : Ironi Kasih
Jumlah Episod : 15 Episod
7.00 - 8.00 malam di TV3
Slot Akasia

Pelakon : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa

SINOPSIS IRONI KASIH

Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. 

Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. 

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. 

Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya? Beedendamkah kasih pada pasangan tersebut. 

Bagi yang ingin menonton drama tersebut, nantikan slot Akasia TV3 petang nanti.

Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 1

Kasih kehilangan dua orang tersayang dalam satu masa iaitu kakak dan emaknya. Menambahkan lagi tekanan, keluarga Kasih dihina setelah kakaknya itu meninggal dunia ketika dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin manakala emaknya meninggal dunia kerana serangan jantung. Johan yang playboy mula terpikat dengan Kasih, setelah kali pertama bertemu dengan wanita itu tetapi dia cuba buang perasaan itu kerana dirinya sudah berkahwin. Danish yang berlari terlanggar Kasih, dan dua-dua jatuh terduduk. Kasih takut sebab terlanggar anak bos!

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post