Thursday, April 9, 2020

author photo
Sayur Baby Corn & Pucuk Paku Stail Bujang : Nak cik akak dah masak. Masak simple je. Stail bujang lah kononnya. Yang penting masak janji habis.

Bagi yang tak reti masak sangat kan. Cik akak ngan korang memang geng. Alah setakat masak untuk alas perut sendiri boleh lagi jalan.

Untuk baby corn ni cik akak masak ringkas je. 

Sayur Baby Corn

Bahan-bahannya


  1. Sayur Baby Corn sebungkus kecil - hiris kecil
  2. Udang fresh - semangkuk kecil
  3. Minyak masak - 2 sudu makan
  4. Perisa meggi - 1 sudu kecil
Caranya :

  1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Kemudian masukkan udang. Gaul dan biarkan sekejap.
  2. Masukkan baby corn + gaul lagi.
  3. Akhir sekali, tambah perisa meggi untuk rasa lebih aaum.
  4. Selesai untuk dihidangkan.


Sayur Pucuk Paku Tumis Udang Kering

Bahannya :

  1. Semangkuk pucuk paku
  2. Sedikit udang kering - ditumbuk halus
  3. Belacan + cili padi - ditumbuk halus
  4. Garam + perasa
  5. Sedikit minyak

Caranya :

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan udang kering, belacan dan cili padi. Kacau hingga garing.
  2. Kemudian masukkan sayur paku dan tumis lagi.
  3. Akhir sekali, masukkan garam + perasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Masakan ringkas tidak menggunakan sebarang bawang. Selamat mencubam


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post