Wednesday, April 1, 2020

author photo
OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi - Lagu Sinar Cinta ( Hafiz Suip ) | Drama terbaru ganti drama seadanya aku. Lakonan Ariel Zafriel dan Nabila Razali sebagai tunggak utama. Bersiaran slot akasia tv3. 

Image result for Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi -Slot Akasia

JUDUL : SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3



OST Drama Seindah 7 Warna Pelangi - Sinar Cinta (Hafiz Suip)

Hadirmu cinta
Mewarnai hidup sepi
Sentiasa menjadi penawarku


Cerita kita hanya seketika
Kerana hilangnya cahaya

Mengapa ini semuanya terjadi
Maafkan ku kekasih hati

Ku pasti
Kau adalah sinar cinta
Ku janji kau kan bahagia
Bak indahnya garis pelangi syurga

Kau bukti
Sebuah kenangan cinta
Yang akan ku peluk erat
Ke akhir hayat
Kau abadi dalam jiwa

Cerita kita hanya seketika
Kerana hilangnya cahaya

Mengapa ini semuanya terjadi
Maafkan ku kekasih hati

Ku pasti
Kau adalah sinar cinta
Ku janji kau kan bahagia
Bak indahnya garis pelangi syurga

Kau bukti
Sebuah kenangan cinta
Yang akan ku peluk erat
Ke akhir hayat
Kau abadi dalam jiwa

Ku sedari cinta ini
Kekal terabadi
Kini mata…


Sinopsis Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi


Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!


“Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?” – Andika
“Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira
Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira.
"Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika
"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira
Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.


Sinopsis Penuh Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod  1 - Episod 28 | Slot Akasia


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 1


Ehsan meminta semua ahli keluarganya pulang untuk urusan pembahagian hibah atas permintaan Tok Ayah yang semakin uzur. Andika yang berada di UK dan Aira di Indonesia segera pulang seperti diminta. Aira sangat teruja apabila bertentang mata dengan Andika setelah tiga tahun tidak bertemu. Aura pesona dan kematangan Andika makin terserlah di mata Aira sejak dia belajar di luar negara. Penampilannya juga makin bergaya dengan barangan berjenama yang dipakainya. Namun, Andika acuh tak acuh saja dengan Aira hingga menyebabkan Aira terasa hati.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 2


Andika mempertikaikan hibah tersebut kerana harta yang dijanjikan Tok Ayah dahulu telah diwariskan kepada sepupunya, Aira. Dia bertemu Ehsan sebagai bantahan, namun dimarahi ayahnya kerana tindakannya itu akan membuatkan Tok Ayah kecewa. Andika menuduh Aira bijak membodek Tok Ayah hingga Tok Ayah bertukar fikiran dan harta tersebut diserahkan kepadanya. Aira merayu Ehsan agar bahagiannya diberikan kepada Andika jika itu boleh membahagiakan Andika. Ehsan membantah kerana ia adalah amanah Tok Ayah.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 3


Andika mahu pulang ke UK kerana merajuk dengan Tok Ayah dan merasakan sudah tidak ada sebab untuk dia terus tinggal di Malaysia. Meskipun Andika tidak mengendahkan Aira, namun Aira tetap melayannya dengan baik dan sering masakkan makanan istimewa untuk Andika.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 4


Kematian Tok Ayah telah merentap hati seisi keluarga khususnya Andika. Dia kesal dan sedih kerana merajuk dengan Tok Ayah pada hari-hari terakhir arwah. Dia banyak bermenung dan melayan perasaan. Keadaan ini menyebabkan Andika jatuh sakit. Aira dengan rela hati menjaga Andika yang sakit meskipun kebaikannya itu sering disalah anggap. Akhirnya, layanan Aira berjaya melunakkan jiwa Andika. Andika tawar hati untuk pulang ke UK semula dan merancang untuk mendapatkan semula haknya.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 5


Permintaan Andika agar melamar Aira sebagai isteri mengejutkan ibu dan ayahnya. Reyhan merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di sebalik lamaran tersebut kerana segalanya berlaku secara drastik. Aira pula teruja apabila dilamar insan yang diminatinya sejak kecil. Malah, sikap dan perhatian Andika terhadap Aira yang berubah menjadi sangat romantis dan ‘protective’ juga membuatkan Aira rasa begitu dihargai. Aira sanggup melupakan cita-citanya ke menara gading demi cintanya terhadap Andika.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 6


Kedatangan Irdina menggemparkan keluarga hingga majlis tertunda seketika. Irdina sangat kecewa kerana Andika mungkir janji setelah dia banyak berkorban demi Andika. Andika yang hampir-hampir terkantoi di hadapan keluarganya bertegas mengatakan dia dengan Irdina sudah tidak ada apa-apa hubungan. Farouk, sahabat lama Andika muncul di majlis pernikahannya. Farouk datang dengan agenda tersendiri kerana dia mendapat tahu bahawa Andika baru mewarisi harta warisan yang lumayan.



Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 7


Aira sangat teruja berpindah ke banglo Andika untuk memulakan hidup baru di samping suami tercinta. Dia belajar untuk menjadi isteri yang sempurna. Aira belajar masak dengan Mariam. Tidak lama kemudian, Aira disahkan mengandung. Berita kehamilan Aira disambut gembira kerana ini adalah cucu sulung dalam keluarga besar mereka. Andika sendiri tak sangka secepat ini dia akan bergelar ayah. Andika berubah jadi sangat romantis terhadap Aira dan melayan Aira umpama permaisuri meskipun dia yang teruk mengalami alahan.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 8


Kelahiran Sofia Tihani memberi sinar baharu buat Andika dan Aira. Aira rasa sangat bertuah kerana bergelar ibu pada usia muda. Mariam pula berbesar hati untuk menjaga Sofia dan Aira yang sedang berpantang. Perniagaan yang makin berkembang membuatkan Andika makin sibuk hingga kurang masa untuk Aira. Bahkan, Andika semakin licik untuk segera menukarkan nama atas geran Aira kepada namanya.



Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 9


Andika marah dan kecewa setelah mengetahui Farouk pecah amanah. Wang untuk membayar kontraktor disonglapnya hingga Andika rugi puluhan ribu ringgit. Farouk pula menghilangkan diri. Reyhan yang nampak Andika seolah-olah bermasalah menawarkan diri untuk membantu, namun Andika yang ego enggan berkongsi masalah. Aira pula mendapat mesej teks daripada pengirim misteri yang menyuruhnya untuk berhati-hati dengan Andika yang sedang merancang untuk menukar hak milik tanah dan rumah pusaka kepunyaan Aira.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 10


Dalam diam, Aira telah ke rumah pusaka Tok Ayah. Dia kecewa melihat projek pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah tersebut. Aira bersemuka dengan Andika dan mereka telah bergaduh besar. Andika yang rasa bersalah mahu hadiahkan hartanah di Cameron Highland untuk Aira demi menebus kesilapannya. Namun, Farouk memerangkap Andika dan Viona pula di Cameron Highland. Aira dengan ditemani Reyhan melihat sendiri ‘kecurangan’ Andika. Reyhan yang hilang sabar telah bertindak menumbuk Andika.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 11


Pergaduhan besar tercetus hingga Aira nekad berpisah. Tragedi ini menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka mula retak. Zawiyah dan Kamariah saling berbalah dan menyalahkan menantu masing-masing. Andika beri kata dua kepada Aira sebagai amaran namun Aira menganggap Andika telah menceraikannya. Aira membawa diri ke rumah ibu angkatnya, Ibu Tini di Indonesia yang dikenalinya sejak program CSR. Aira turut melanjutkan pelajarannya di sana sehingga berjaya menamatkan pengajiannya setelah empat tahun berada di sana.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 12

Dengan bantuan Zara, akhirnya Andika berjaya menjejak Aira di Indonesia. Namun, kehadiran Andika langsung tidak diendahkan dan Aira tidak mampu memaafkan Andika. Keberadaan Hadi di sana juga mencetus rasa cemburu di hati Andika. Dalam masa yang sama, Ernie mula mengambil kesempatan ke atas Arjuna dengan meminta barangan yang mahal-mahal daripada Arjuna.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 13


Aira tergamam apabila Hadi melamarnya sebagai isteri. Lamaran tersebut pula disaksikan oleh Andika yang naik berang dan terus menyerang Hadi. Hadi terkejut mengetahui Aira rupa-rupanya adalah isteri Andika. Namun, dia tetap dengan pendiriannya untuk memiliki Aira bahkan menyuruh Andika melepaskan Aira. Hubungan Reyhan dan Aisyah pula semakin rapat selepas Aisyah putus tunang. Malahan, Reyhan juga telah mengajak Aisyah untuk berkahwin.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 14


Irdina yang tiba-tiba muncul di rumah Andika rupa-rupanya mahu mengundang Andika ke majlis perkahwinannya. Deniz pula datang ke Malaysia atas undangan adik tirinya, Aisyah demi meraikan hari bahagianya. Kehadirannya menjentik hati Arjuna dan Iskandar hingga menimbulkan persaingan sesama mereka. Andika pula melepaskan rindu terhadap Aira dengan melihat semua kenangan yang ditinggalkan Aira di dalam sebuah bilik khas. Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke bilik itu termasuklah Sofia.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 15


Aira akhirnya lembut hati untuk pulang ke Malaysia setelah dipujuk oleh Ibu Tini. Namun, dia belum kuat dan dalam dilema untuk berhadapan dengan Andika meskipun terlalu rindukan Sofia. Mariam pula dibelenggu masalah Yazid yang hendak menuntut hak harta sepencarian. Jikalau tidak, Mariam perlu membayarnya RM50,000 untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 16


Reyhan terkejut apabila Aira tiba-tiba muncul di halaman rumahnya. Kepulangan Aira disambut keluarga dengan kesyukuran dan air mata. Kepulangannya dirahsiakan keluarga demi mengelakkan konflik tercetus lagi. Andika pula berasa pelik kerana semua orang seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Aira sayu apabila bertemu dengan anaknya, Sofia Tihani. Namun, dia belum mampu untuk menggelar dirinya sebagai ‘Mama’ kepada Sofia dan memperkenalkannya sebagai Aunty Aira.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 17


Andika tidak percaya bahawa Aira sudah kembali. Meskipun teruja dengan kepulangan Aira, namun dia merasa sangat kecewa apabila mengetahui Aira memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Aira kepada Sofia. Kamariah pulang juga ke Lata Pelangi bersama Ehsan meski pun hatinya berat kerana masih marahkan Aira sekeluarga kerana telah menuduh Andika curang lalu meninggalkan Andika seorang diri membesarkan Sofia.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 18


Kehadiran Farouk di majlis walimah Reyhan menimbulkan rasa kurang senang Andika dan Arjuna. Farouk juga makin galak memuji dan cuba memikat Aira yang makin cantik menawan hingga mengundang cemburu Andika. Arjuna pula kecewa setelah mengetahui Ernie berlaku curang di belakangnya selama ini.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 19


Aira memang tidak dapat menerima Andika semula dan mahu Andika melepaskannya secara sah. Aira nekad dan mengambil keputusan mahu pulang semula ke Indonesia. Arjuna menawar diri untuk menghantar Aira pulang ke KLIA. Ketika dalam perjalanan, kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan ngeri hingga menyebabkan mereka koma dan kritikal. Tragedi yang menimpa mereka menguji mereka sekeluarga. Andika sangat tertekan dengan apa yang berlaku dan sangat bimbang akan kehilangan orang-orang yang disayanginya.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 20

Aira mula menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mulai sedar. Arjuna pula terus koma dan terlantar di hospital. Kekasihnya, Ernie enggan meneruskan hubungan bersama Arjuna kerana tidak mahu membuang masa menunggu lelaki koma. Apatah lagi cita-cita Arjuna untuk bergelar model antarabangsa kian musnah setelah doktor mengesahkan bahawa Arjuna mungkin mengalami kecacatan kekal.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 21


Sebaik sedar, Aira tidak lagi ingat apa yang berlaku dan siapa dia sekarang. Memorinya kekal hingga usia 20 tahun saja. Doktor mengesahkan bahawa Aira amnesia dan memerlukan masa yang sukar dijangka untuk sembuh. Emran dan Zawiyah nekad untuk membawa Aira pulang ke Batu Pahat meskipun Andika berkeras mahu menjaga Aira. Emran tidak mahu fikiran Aira terganggu hingga mengganggu proses pemulihannya. Emran melarang Andika bertemu Aira lagi. Tambahan pula, dia tidak mahu Andika mengambil kesempatan atas apa yang Aira lalui sekarang.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 22


Andika mencari helah untuk bertemu dengan Aira di Batu Pahat. Meskipun kehadiran Andika tidak dialu-alukan oleh Emran, namun Emran akhirnya akur apabila Andika terus memujuk agar dirinya diberikan peluang untuk menebus segala salah silapnya. Aira pula merasa pelik akan layanan baik dan mesra yang diberikan Andika terhadapnya namun begitu senang kerana dia telah lama menyimpan perasaan terhadap Andika.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 23


Emran dan Zawiyah nekad untuk membawa Aira pulang ke Batu Pahat meskipun Andika berkeras mahu menjaga Aira. Emran tidak mahu fikiran Aira terganggu hingga mengganggu proses pemulihannya. Emran melarang Andika bertemu Aira lagi. Tambahan pula, dia tidak mahu Andika mengambil kesempatan atas apa yang Aira lalui sekarang. Aira pula makin diamuk rindu terhadap Andika. Hadi pula datang untuk menziarahi Aira, namun malangnya Aira langsung tidak ‘mengenali’ Hadi.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 24


Andika kecewa apabila Emran memintanya agar melepaskan Aira kerana Aira kini tidak lagi seperti dahulu. Andika tidak pernah terfikir untuk menceraikan Aira. Dia tetap berusaha untuk memenangi hati Emran dan Zawiyah serta cuba untuk memikat Aira semula. Macam-macam cara digunakan Andika untuk mengembalikan keyakinan Aira dan keluarga. Akhirnya, mereka bersatu semula. Aira membawa Aira ‘berbulan madu’ di Cameron Highlands. Tanpa diduga, Aira bertembung dengan Farouk namun Aira tidak mengenali Farouk.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 25


Farouk mengugut Andika agar membayarnya RM100,000 jika mahu dia merahsiakan kisah silam Andika. Andika mahu membuat perhitungan terakhir dengan Farouk. Mereka berjanji untuk bertemu di Lata Pelangi dan Andika akan memberikan wang diminta.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 26


Viona memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dia sebenarnya diugut Farouk jika mahu lelaki itu bertanggungjawab atas kandungannya. Viona menceritakan semua yang berlaku di Cameron Highlands membuatkan memori Aira berputar semula mengingatkan apa yang berlaku. Iskandar pula resah apabila Deniz mahu pulang ke Turki kerana tempoh visanya hampir tamat.


Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 27


Andika mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila Aira tiba-tiba berubah dan menjauhkan diri daripadanya. Aisyah yang hamil anak sulung pula mengindamkan rendang ayam hutan. Ketika menemani Reyhan memburu di sekitar Lata Pelangi, Andika telah dipatuk ular hingga dia di ambang maut. Aira kembali trauma kerana takut akan kehilangan Andika. Sepanjang Andika di hospital, Aira yang menemani dan bersengkang mata menemani suaminya. Arjuna sedar daripada koma.



Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Episod 28 - Episod Akhir


Arjuna mahu memulakan hidup baru dan mahu melupakan bidang modeling yang diceburinya dahulu. Iskandar pula mengambil keputusan untuk melamar Deniz sebagai isterinya. Hubungan Aira dan Andika semakin akrab dan penuh warna cinta. Andika mengizinkan Aira untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, namun Aira lebih bahagia bersama Andika dan anak mereka Sofia. Andika pula berjanji akan terus menyintai Aira hingga ke syurga.

1 komentar:

avatar
Budak Buzy delete April 1, 2020 at 10:38 PM

kamek dh dkat staun x update blog sbab busy, template pn x tuka...kitak agk aktif smpey knek... :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post