Sunday, April 5, 2020

author photo
Jadual  Bayaran Bantuan Prihatin Nasional | Bantuan Prihatin Nasional adalah antara bantuan yang memberi manfaat kepada golongan yang berpendapatan B40 dan M40. Bantuan ini disalurankan kepada individu yang berpendapatan rendah bagi membantu semasa wabak Covid-19 ini.

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini dibayar mulai 06 04.2020, Isnin depan secara berperingkat. Bagi pemohon yang ada online banking bolehlah menyemak akaun anda secara online. 

Pemohon yang tiada akaun online, terpaksa juga pergi bank untuk menyemak. Pastikan jarak sosial anda. Pakai mask dan sanitizer.

Jadual Bayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut : 

Kategori B40 : Dibayar mulai 06 April 2020 hingga 12 April 2020

Kategori M40 : Dibayar 13 April 2020 hingga 15 April 2020

Rujuk lampiran : 



Jumlah pembayaran mengikut kelayakan anda.

Jumlah Bayaran BPN 

Isi Rumah Bergaji RM3000 dan  ke bawah

Jumlah Layak : RM1600

Bayaran Bulan April : RM1000
Bayaran Bulan April : RM600


Isi Rumah Bergaji RM4000 hingga RM8000 ke bawah

Jumlah Layak : RM1000

Bayaran Bulan April : RM500
Bayaran Bulan April : RM500


Bujang Bergaji RM2000 dan ke bawah 
Berumur 21 Tahun  ke atas

Jumlah Layak : RM800

Bayaran Bulan April : RM500
Bayaran Bulan April : RM300



Bujang Bergaji RM2000 hingga RM4000
Berumur 21 Tahun ke atas

Jumlah Layak : RM500

Bayaran Bulan April : RM250
Bayaran Bulan April : RM250

Pembayaran akan disalurkan kepada akaun masing-masing yang telah didaftarkan.

Untuk menyemak Status Bantuan Prihatin Nasional, sila layari laman web rasmi ini ««https://bpn.hasil.gov.my/




Masih ramai yang tak dapat masuk web BPN kan. Harap bersabar dan cuba balik masuk hari seterusnya. 



Permohonan Baru 

Bagi yang tidak pernah mendapat BSH atau BR1M anda perlulah memohon dengan syarat gaji RM2000 hingga RM8000 sahaja. 

Bagi yang bergaji lebih tinggi anda secara automatik tidak layak untuk memohon.

Tidak Perlu Memohon 

  1. Anda penerima BSH
  2. Anda pembayar cukai pendapatan LHDNM.
  3. Kategori Bujang yang pernah mendapat BSH bernilai RM100. (Adik cik akak pernah menerima BSH Bujang RM100. Bila cik akak semak, status permohonan adik cik akak LULUS. Bermakna adik cik akak tak perlu memohon atau mengemaskini permohonan tersebut).

Bagi kategori Bujang yang dibayar BSH RM100 anda juga tidak perlu memohon. Akan tetapi bagi mendapatkan kesahihan Kelulusan anda perlu menyemak Status Bantuan Prihatin Nasional pada link di atas. 




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post