Monday, April 6, 2020

author photo
Drama Ironi Kasih Episod 3 - Episod 7 - Lakonan Aqasha & Intan Najuwa : Semalam baru tamat drama Seindah 7 Warna Pelangi dan akan digantikan dengan drama terbaru berjudul Drama Ironi Kasih. 

Drama Ironi Kasih menampilkan gandingan Aqasha dan Intan Najuwa. Bersiaran 02 April 2020 hingga 22 April 2020. 


Jumlah episod penuh 15 episod. Nantikan kisah mereka dalam Drama Ironi Kasih.




Drama : Ironi Kasih
Jumlah Episod : 15 Episod
7.00 - 8.00 malam di TV3
Slot Akasia

Pelakon : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa


SINOPSIS IRONI KASIH

Kasih yang pada awalnya bekerja sebagai pembantu pengurusan di firma arkitek milik Johan telah digaji untuk menjadi pengasuh kepada anak Johan dan Emilia. 

Kasih menjalankan tugasnya dengan baik, mereka menjadi semakin mesra. Emilia bukannya tidak sedar akan semua ini tetapi dia berfikiran terbuka. 

Namun hubungan di antara Johan dan Emilia mulai retak apabila Emilia sering meluangkan masa bersama rakan kongsinya, Noh. Johan yang merasa tercabar terus menceraikan Emilia. 

Rupa-rupanya Kasih amat gembira di atas penceraian. Apakah muslihat Kasih yang sebenarnya? Beedendamkah kasih pada pasangan tersebut. 

Bagi yang ingin menonton drama tersebut, nantikan slot Akasia TV3 petang nanti.

Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 1

Kasih kehilangan dua orang tersayang dalam satu masa iaitu kakak dan emaknya. Menambahkan lagi tekanan, keluarga Kasih dihina setelah kakaknya itu meninggal dunia ketika dalam keadaan berbadan dua tanpa berkahwin manakala emaknya meninggal dunia kerana serangan jantung. Johan yang playboy mula terpikat dengan Kasih, setelah kali pertama bertemu dengan wanita itu tetapi dia cuba buang perasaan itu kerana dirinya sudah berkahwin. Danish yang berlari terlanggar Kasih, dan dua-dua jatuh terduduk. Kasih takut sebab terlanggar anak bos!

Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 2

Kasih tahu dirinya menjadi perhatian Johan di pejabat, tetapi dia harus mengelak kerana tahu Johan sudah berkahwin dan mempunyai isteri tetapi dalam masa yang sama Kasih mula rapat dengan Danish, anak kepada Johan. Johan krisis dengan isterinya Emylia kerana masalah bibik mereka yang melarikan diri. Emylia yang workaholic, memaksa Johan menguruskan anak mereka Danish tetapi Johan juga sibuk dengan kerjayanya. Kasih terjatuh di atas jalan dan luka. Johan pantas keluar dan tolak motor peragut tetapi gagal. Johan bantu Kasih dan hantar ke klinik untuk merawat luka di sikunya.

Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 3

Kasih terpaksa akur dengan pelawaan Johan untuk tinggal di rumah bosnya itu setelah terpaksa keluar dari rumah sewanya. Emilia mahukan Kasih menjadi pengasuh Danish kerana anaknya itu rapat dengan Kasih walaupun dibantah oleh Johan.

Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 4

Kasih buat keputusan menjadi pengasuh Danish kepada Emilia setelah tertarik dengan tawaran lumayan Emilia dan dalam masa hanya uruskan kerja secara online sahaja dari rumah berkenaan. Kasih bukan sahaja semakin rapat dengan Danish, malah dia bertambah rapat dan mesra dengan Johan berbanding Emilia. Suatu hari, ketika Kamal datang ke rumah Emilia, tiba-tiba sahaja Emilia balik dan nampak Kasih dan Kamal.



Sinopsis Drama Ironi Kasih Episod 5

Kasih mula pengaruh Danish supaya rapat dengannya dan dia akan kembali menjadi pengasuh kepada Danish. Kasih seakan mula jatuh cinta dengan Johan dalam diam. Danish buat perangai dan tidak mahu bibik lain gantikan Kasih. Danish mahukan Kasih menjadi pengasuhnya. Johan dan Emilia terpaksa ikut walaupun Johan rasakan khidmat Kasih lebih diperlukan di pejabat. Ketika Kasih pulang dari kerja, Kasih terkejut lihat Emilia berada dalam rumahnya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post