Thursday, April 9, 2020

author photo
Drama The Gadis Lakonan Yuna Rahim - Slot Lestary | Drama terbaru yang akan bersiaran di tv3. Ganti drama Budak Tebing yang akan tamat siaran malam ini. Drama The Gadis bersiaran mulai esok 10.04.2020 di tv3. 




Judul Drama : The Gadis
Rabu - Jumaat , 9.00 malam di TV3
Tarikh Siaran : 10.04.2020
Pelakon : Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip dan Hun Haqeem

Sinopsis Drama The Gadis

Kisah sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina dan Lisa tinggal bersama ayah mereka, Nad bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung, menarik perhatian ramai terutama Lisa kerana semakin cantik dan hidupnya kelihatan mewah. Lina bertauh kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad kerana merasakan dia sesuai dengan anaknya yang berlulusan tinggi. Nad mengajak Lisa ke KL, jika dia ingin menjadi sepertinya. Adakah Lisa akan mengikuti kata hatinya? Apa yang bakal menanti dia di KL?
Sinopsis Drama The Gadis Episod 1

Lisa lambat lagi ke sekolah tetapi seperti biasa, kawan baiknya Rocky memberi bantuan. Musuh ketat Lisa di sekolah, Mei Fen menjadi cabaran utama untuk merebut wang tunai biasiswa. Lina di rumah buntu kerana wang tidak cukup untuk membeli keperluan rumah. Perasaan buntunya ditambah dengan perasaan risau apabila mendapat tahu rumah Nek Timah dirompak. Lina menjenguk Nek Timah dan bertembung dengan kekasih lamanya, Shazman. Lisa ditegur Nad, kawan lama Lina dan juga cucu kepada Nek Timah. Lina nampak lusuh dan dia asyik bertanya kepada Nad tentang kehidupannya di KL. Nad kemudian ke rumah mencari Lina, namun Lina tiada. Dia mengajak Lisa keluar makan. Nad menerima panggilan dan mesej dari lelaki bernama Mika.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post