Thursday, March 26, 2020

author photo
Syarat Kelayakan Mohon Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - Kementerian Kesihatan Malaysia : Tengah mencari kerjaya. Tak suka duduk di rumah. Inilah peluang keemasan anda. 

Terdapat 407 kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Di samping itu juga, pihak kementerian Kesihatan Malaysia tengah mencari 1000 calon simpan. Berminat dan inginkan kerjaya tetap boleh memohon.

Cara permohonan adalah online dari rumah sahaja, dengan melayari laman web Suruhan Jaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Link Web adalah seperti berikut :- http://www.spa.gov.my 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01.04.2020.

Untuk syarat kelayakan anda lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 

Hendaklah warganegara Malaysia.

Berumur 18 tahun ke atas.

Kepujian Bahasa Melayu sekurangnya C.

Anda ada kelayakan di atas. Berminat dengan kerjaya membantu masyarakat. Boleh boleh. Permohonan boleh dibuat secara online sahaja. Rujuk link SPA di atas.




Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Kumpulan: Pelaksana
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM : RM1204.00
GAJI MAKSIMUM : RM3001.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN:  RM80.00

Syarat Lantikan:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

1 komentar:

avatar
Elih Japahar delete March 26, 2020 at 7:06 PM

Banyaknya kekosongan jawatan ni...rugi kalau tak apply..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post