Thursday, March 26, 2020

author photo
Sinopsis Penuh Drama Rindu Yang Terindah Episod 1 - Episod 20 - Slot Samarinda | Perkahwinan tanpa cinta memang sukar untuk diterima. Namun siapa jangka, si dia jodoh tertulis untuk kamu. Drama terbaru adaptasi novel karya Eshal Nuranis akan bersiaran di tv3 menerusi slot samarinda. Menggantikan drama Maaf Tak Indah. 

Drama Rindu Yang Terindah akan menampilkan gandingan Redza Rosli dan Amelia Henderson sebagai terajui utama. 


Judul drama kali ini diberi nafas baru, kalau ikutkan novel berjudul Derita Terindah. 


Apa pun nantikan 16.03.2020 ini, untuk mengetahui kisah alam perkahwinan yang berlandaskan dendam terhadap isteri. 


Bertahankan si isteri...atau terpaksa membawa diri..nantikan naskhah adaptasi ini di rangkaian tv3 nanti. Selamat menonton.






Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah 

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.
Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.
“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy
“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” –Airis Warda
Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya.
Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 1


Tiga adik beradik, Hazil, Hazieq dan Hazim yang rapat seperti three musketeers. Sikap ibu mereka yang melebihkan segalanya dengan Hazieq, menyebabkan si bongsu Hazim terasa hati dan selalu merasakan dia tidak sebagus abangnya. Konflik bermula apabila masing-masing telah dewasa. Perhubungan cinta Hazieq dan Airis dan bagaimana setelah kematian Hazieq, Airis dipersalahkan oleh adik Hazieq iaitu Hazim, sebagai menyebabkan kematian Hazieq. Hazil, si abang sulong kepada Hazieq yang seolah-olah mempunyai satu rahsia yang akan mengubah masa depan dan kehidupannya.



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 2

Airis menangis keluar dari kawasan kubur dan tertanya jika benar dia yang membunuh Hazieq. Hazim dan Hazil merancang agar Airis dikahwinkan dengan Hazil dan kemudian mereka boleh merancang untuk membalas dendam. Hazil cuba memujuk dan masih bersabar pada Airis yang nampaknya tidak berhenti henti menyebut cintanya pada Hazieq. Disebabkan rasa bersalah, Airis mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hazil. Airis yang bercakap mengenai keredaan dalam menerima kematian Hazieq membuat Hazil bengang. Disebabkan terlalu marah, Hazil terus mengamuk membaling apa yang ada di depannya! Airis terkejut dengan sikap Hazil yang panas baran. Dan malam pertamanya bermula dengan pergaduhan dari seorang lelaki yang bergelar suami!.


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 3



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 4


Airis masih tidak faham akan layanan suaminya pada dirinya. Ada masanya dia dimarahi, ada masanya di dilayan dengan baik. Pertemuan pertama Hazim dan Nadia di sebuah kedai cendermata dan bermulanya hubungan percintaan antara mereka berdua. Airis meminta keizinan Hazil untuk melawat ibu bapanya kerana terlalu rindu pada mereka tetapi Hazil tidak membenarkannya. Hazil cuma membenarkan Airis menelefon dan menghantar mesej kepada ibu bapanya. Ketika hendak pergi kerja, Hazil terdengar Airis berbual dengan rakan sekerjanya bernama Helmi. Hazil teringatkan Haziq pernah kecewa kerana Airis pernah meninggalkan Haziq. Di depan orang ramai, Hazil menuduh Airis telah curang kepada Haziq ketika mereka berkawan dahulu. Airis terkejut. Airis mempertahankan dirinya yang dituduh oleh Hazil sebagai perempuan murahan. Airis mengherdik Hazil sebagai lelaki dayus kerana mengahwininya hanya untuk menyeksa dirinya.


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 5


Airis berkenalan dengan Nisa, jirannya. Nisa cuba membantu Airis apabila melihat Airis mengalami kecederaan tetapi Airis menolak bantuan Nisa kerana bimbang suaminya akan marah. Kamal menasihatkan Hazil supaya berterus terang dengan keluarga akan keadaan kesihatannya, namun bagi Hazil, dia tidak boleh melakukannya kerana memikirkan jawatan penting yang didapatnya dari syarikat. Jika siapa yang tahu, pasti akan menjejaskan masa depannya di syarikat. Raziah bertanyakan kepada Airis adakah dia dilayan dengan baik oleh suaminya. Airis tidak menyatakan perkara yang sebenar. Airis terkejut apabila ayahnya Arman, memberitahu yang Hazil ada berjumpa dengannya dan memberikan wang. Airis terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh ayahnya. Betul ke itu suami aku? Seorang yang garang dan pemarah tetapi bersikap penyayang dan ambil berat terhadap keluarga aku! Airis merasakan suaminya mungkin ada menyimpan satu rahsia yang tidak diketahuinya!


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 6



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 7


Hazim keluar dari rumah setelah bertengkar dengan ibunya dan Hazil disuruh memujuk Hazim. Hazim menganggap yang ibunya pilih kasih dan masih menyayangi Hazieq yang telah meninggal dunia. Hazil marah dengan Airis kerana nampak Airis berbual dan ketawa dengan Helmi, iaitu suami kepada kawannya. Airis cuba menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku tetapi Hazil tidak mahu mendengarnya. Airis menafikan yang Helmi adalah kekasihnya. Airis menjelaskan yang dia begitu hairan kenapa Hazil begitu selalu bersangka buruk terhadapnya. Airis terus mencabar dan berkata, selama ini dia banyak bersabar, dituduh sebagai pembunuh, dia boleh terima, tetapi apabila dituduh curang, maka lebih baik Hazil.. belum sempat Airis menyatakan apa-apa, Hazil terus menyerangnya dan membuatkan Airis terkejut - Airis terjatuh dari tangga, Hazil terkejut melihat Airis tidak bangun.


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 8


Hubungan antara Airis dan Hazil mula baik apabila Hazil mula menyesal dengan apa yang dilakukan selama ini. Hubungan antara Nadia dan Hazim bertambah rapat. Nadia sering berjumpa Hazim untuk mengajar dan beri semangat pada Hazim untuk membuktikan pada ayah dan ibu Hazim yang dia juga berguna kepada keluarga. Hazim gembira bila Nadia memberitahu yang dia belum berpunya. Hazil memulakan siasatan dan mendapati yang Faruk banyak buat kesilapan seperti menindas para pekerja hinggakan mereka tidak suka bekerja. Hazil memberitahu Sofian, namun Sofian hanya mahu siasatan dibuat dan jangan memecat Faruk. Hazil juga dapat tahu yang Faruk selalu cuba membongkarkan penyakitnya kepada ayahnya Sofian. Hazil beritahu dia tahu segala muslihat Faruk untuk memusnahkan syarikat bapanya dan akan memastikan yang Faruk akan menerima akibatnya.

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 9

Airis masih cuba mencari jalan untuk pulihkan rumah tangganya dan masih berharap yang satu hari, semuanya akan okey. Pada suatu hari Airis melawat ibu mertuanya dan terkejut melihat ibunya sakit. Dr. Kamal bertengkar dengan Hazil kerana Dr. Kamal tahu yang Hazil terlalu bergantung kepada painkiller dan ini akan menambahkan lagi masalah buah pinggang Hazil. Faruk memberitahu Amy yang nampaknya Hazil kini dah mula main kasar dan mahu Amy meneruskan usaha untuk terus porak perandakan keluarga Sofian dan Hazil. Faruk mahu Amy mengambil hati Sofian sampaikan rumahtangga Sofian hancur!


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 10



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 11



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 12



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 13



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 14


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 15


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 16


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 17


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 18


Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 19



Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Episod 20


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post