-->

Wednesday, March 25, 2020

author photo
Novel War Of Love - Wanie Nordin, Novel Insan Kau Cinta - Fyda Adim, Novel Rasa Yang Terikat - Arniza Idayu & Novel Keranamu - Zara Aluwi

Sinopsis Novel War Of Love - Wanie Nordin
Auranya lain macam! Misteri dan suspens. Muncul seperti ribut, hadir seperti angin. Buat hidup Iris haru-biru. Adiknya ditinggalkan terkontang-kanting depan tok kadi, ayahnya jatuh sakit dan semua harta keluarganya secara tiba-tiba menjadi milik lelaki itu.


Hayat Mikael, ada saja kejutan yang dilakukannya menjadikan Iris naik hantu. Mikael memang cari nahas, tak mungkin Iris akan biarkan saja tanpa melawan. Kau buat aku, aku akan buat kau juga. Nak lawan? Nak berperang? Ok, set, on!
“It’s my pleasure to fight with you, my darling. Our game, our war... The war of love. Pastikan yang you takkan kalah, sebab kalau kalah… itu bermakna you dah jatuh cinta dengan I.” – MIKAEL
“Aku takkan jatuh cinta dengan kau. Jerk!” – IRIS
Iris lancarkan perang benci, Mikael lancarkan perang berstrategi. Mikael kejam dan sentiasa 10 langkah ke hadapan! Iris berdendam walaupun tahu Mikael bukan saingan.
Bila rahsia terbongkar, Iris sendiri keliru. Perang benci menjadi simpati. Hati yang dingin menjadi lembut dan perasaan dendam bertukar cinta.
Macam mana nak berperang habis-habisan kalau begini? Macam mana nak kentalkan jiwa ni? Ah, sudah… bahaya gila!
Adakah Iris mampu untuk terus memerangi Mikael lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu
Bagaimana untuk Iris berdepan dengan apa yang telah berlaku?
Teruskanlah membenci kerana suatu saat, kau akan mencintaiku… Walaupun dengan cara yang menyakitkan.


Sinopsis Novel Insan Kau Cinta - Fyda Adim
Sekeping hatiku terluka bagai dihiris-hiris belati tajam. Mahu melupakan seketika keperitan yang sedang menghantui diriku. Semakin aku tahan, semakin aku sakit – HUSNA
Dia seorang gadis yang terikat dengan puzzle yang dicipta oleh Daniel. Sekuat apa pun dirinya menolak Daniel, tetap saja lelaki itu mengejarnya sampai dia tersungkur jatuh dan cinta.
Daniel pandai bermain kata. Daniel bijak membuka jiwanya. Namun, satu peristiwa berlaku membuatkan Husna dingin dan tawar hati kepada Daniel!
“Husna, kadang-kadang kita kena lepaskan sesuatu benda yang kita sayang. Barangkali apa yang kita suka itu tidak bagus untuk kita.” - MUAZ
Muaz datang tanpa diundang. Perlahan-lahan Husna melepaskan takdir kepada Muaz kerana dia yakin, lelaki itu adalah figura yang akan membahagiakannya. Sehingga ada insiden yang membuatkan Husna dibelenggu tanda tanya dan satu per satu rahsia Muaz
terbongkar.
“Jangan mudah menabur janji encik takut tidak tertunai janjinya itu.” – HUSNA
Muaz mengubah status hatinya menjadi madu. Kenapa, masa yang sama dia jua yang memberikan hempedu?
Husna dihimpit rasa bersalah. Perasaan terluka. Dirinya dipermainkan.
Muaz? Mampukah meyakinkan Husna bahawa wanita itu adalah yang terakhir dalam hidupnya?
Adakah kesempatan bagi mereka untuk membetulkan keadaan dan mengakhiri semuanya?
Cinta tidak akan tahu ke mana takdir membawanya pergi. Namun, jiwa semestinya tahu… siapa insan yang paling layak dicintai!


Sinopsis Novel Rasa Yang Terikat - Arniza Idayu
Cinta dan hatinya tersimpul ketat hanya untuk Romzi. Lelaki teragung yang membawa dirinya mengenali apa itu kasih sayang. Sofea bahagia bersama Romzi, sehinggalah peristiwa itu berlaku…
“Kau tak nak ikut aku sebab dekat sini ramai jantan yang boleh kau goda kan? Tilik sikit diri kau tu dahlah selekeh, buruk pulak tu!” - SUPIAH
Dendam tidak pernah padam. Baginya Sofea pembawa sial! Setiap orang yang sayangkan gadis itu ditimpa malang yang tidak berkesudahan. Sungguh dia bencikan Sofea.
Pahit hidup ini terpaksa ditelan oleh Sofea. Usah ditanya bila derita hilang kerana sejak Romzi pergi mengadap Iilahi. Dirinya seolah-olah tidak bernyawa lagi.
Hadirnya Aiman bagaikan menyuntik semangat kepada Sofea untuk terus menongkah arus. Aiman membangkitkan semula roh hatinya yang mati. Sudah ditepis rasa ini, namun tetap jua Aiman mengikat dirinya.
“Tak ada apa kurangnya pada tuan. Yang kurangnya pada saya. Saya bukan siapa- siapa pun. Saya memang tak layak untuk tuan.” – SOFEA
Kemunculan Syarifah Shereen pula telah menghuru-harakan Aiman. Godaan daripada Syarifah Shereen sedikit sebanyak hampir melumpuhkan perasaannya. Tidak cukup itu, Syed Jamal menambah lagi penderitaan yang ditanggung Sofea.
“Kau ingat dia barang yang boleh sesuka hati kau nak ambil secara paksa? Kau ingat dia tak ada hati dan perasaan?” – AIMAN
Mampukah Sofea keluar dari penjara masa lalu yang terus menerus menghantui kehidupan baharunya? Atau sememangnya Sofia memang gadis pembawa malang!?
Duka pada awalnya. Ujian pada jalannya. Setiap pengorbanan menemui jalan mati.
Haruskah diri terus memeluk luka atau ada cinta yang akan mengikat segala rasa yang tercipta.


Sinopsis Novel Keranamu - Zara Aluwi
Kerana sandiwara menjadi teman lelaki, Alana dan Pak Tam menuju ke fasa baru. Tak sempat ke fasa seterusnya Tania dan Puan Rogayah mengganggu gugat hubungan mereka.

Tania dengan muka tak tahu malu menjadi dalang kehancuran cinta Alana. Puan Rogayah dengan tegasnya tidak merestui hubungan Pak Tam dengan Alana.
“Ana terpaksa terima walaupun hati ini teramat berat untuk melepaskan. Dah nasib Ana. Dulu putus cinta, sekarang putus pertunangan. Masa akan datang putus ikatan perkahwinan lepas tu putus nyawa.” – ALANA
Helang yang punyai bulu pelepah yang kuat dan tegap yang sedang terbang bebas di angkasa. Namun, selama mana dia mampu terbang kerana suatu masa nanti bulu-bulu pelepah akan carik dan otot di kepak akan lemah -NORITA
Cukup! Dia merelakan sahaja apa yang terjadi kepadanya. Alana sudahi air mata.
Andi datang di dalam kehidupannya ketika hatinya sedang hampa tanpa arah.
Di dalam pada itu, Pak Tam runsing akan kehilangan Alana. Mana mungkin dia melupakan gadis itu, tetapi dia tidak mampu melawan kata-kata Puan Rogayah.
“Aku cuma beritahu yang ibu mahukan pertunangan kami putus. Sedangkan aku tidak akan memutuskannya.” – PAK TAM
Pak Tam nekad untuk muncul semula merebut Alana. Bagi Alana, bila Pak Tam hadir kembali, ada rasa yang ingin dipertahankan. Dia akhirnya, nekad untuk hidup bersama Pak Tam. Sedangkan dia ada Andi?

Kerana cinta mereka bertemu. Kerana sayang mereka terpisah.
Tsunami yang melanda membuatkan hubungan mereka kembali ke jalur perpisahan. Nikmat kebahagian yang sedang berbunga punah ditelan ombak.
Dapatkah Pak Tam mengakhiri cinta sejatinya selepas badai yang melanda mereka.
Alana? Mampukah dia menoktahkan kembali perasaan itu? Walaupun dia sedar ada jiwa yang tak mungkin dipaksa atau dipertahankan.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post