Saturday, March 28, 2020

author photo
Novel Aeldra ( Rose Harrisa) | Novel Chempaka Widuri ( Rissa Ahdiya) & Novel Ungu Langit Ghaze ( Lily Haslina Nasir )


Sinopsis Novel Aeldra ( Rose Harrisa)

“Errr...” Aku letak garpu dan minum sedikit air. Kemudian aku pandang muka Aeldra. “Saya... Errr...” Aku pula yang rasa janggal membahasakan diri ‘saya’. “Betul-betul nak offer L jadi muse Ai-Lead.”

Tanpa berfikir walau sesaat, Aeldra menggeleng. 

Aku jadi tersinggung kerana dia menolak mentah-mentah. “Kenapa? Sebab kes kat food court hari tu?”

Aeldra diam. Lagi-lagi merenungku dengan mata tajamnya sebelum tersenyum. “Offer tu akan buka peluang untuk L makin dekat dengan Ai. Nanti L makin suka kat Ai. Susah kalau suka pada awek yang dah ada boyfriend ni.”

Aku tergamam. Kerana dua sebab. Pertama kerana dia memanggilku Ai. Kedua, betapa berterus terangnya dia. Walaupun cara cakapnya, bunyinya agak kebudak-budakan tapi tetap buat aku berdebar. Come on, Ailyn... Dia cuma anak muda hingusan. Tak sebanding dengan Afeef pun. So, be professional! Jangan hiraukan perasaan dia!


Novel Chempaka Widuri ( Rissa Ahdiya)


Sinopsis Novel Chempaka Widuri ( Rissa Ahdiya)

Dia, Chempaka Widuri. Tak ada apa yang istimewa, kerja pun kerani di kilang kicap aje. Cuma baru-baru ini pangkatnya naik sedikit, jadi pembantu setiausaha. Itupun sebab nak balas budi Izzat Ashraff yang dah banyak menolongnya, sambil-sambil bolehlah berlagak walaupun kerjanya sibuk mengalahkan menteri. Apalah malangnya nasib, bos baru garangnya macam beruang terbau ikan! Dia, Zaen Asmara. Bos jabatan operasi merangkap ketua Widuri. Haa... Inilah yang orang kata, nama tak menggambarkan orangnya. Jangan kata ada aura asmara, bau pun tak ada. Hobinya bertempik hingga boleh retak dinding dan berdarah lubang telinga. Kalau Zaen bersuara, tak sah kalau tak sakit hati dibuatnya.Ah, stress! “Apa kena dengan awak ni? Kalau awak tak minat nak bekerja, awak boleh balik sekarang, berangan dan ingatlah tunang awak tu puas-puas! Tapi jangan lupa, hantar surat resign dua puluh empat jam dan bayar ganti rugi dua bulan gaji seperti mana yang tertera dalam kontrak.” - ZAEN Dia,Izzat Ashraff,orangnya jauh lari dari perangai Zaen walaupun Zaen itu sahabat sehidup lagi semati. Jiran depan rumah Zaen lagi.Mujurlah ada juga Izzat yang selalu menyejukkan hati Widuri,kalau tidak dah lama dia angkat kaki dari kilang kicap tu. Dek peristiwa di tepi kebun pisang,dia dilamar tiba-tiba.Tak ada ayat-ayat manis, tak ada janji bergula. Dan, semua orang paksa supaya dia terima sahaja lamaran itu. Alasannya,cerita dia dan Khairil yang viral di kampung dulu, masih belum reda lagi. Jadi, tolonglah jangan buat cerita yang baru pula.Aduh! "Kahwin dengan saya.Itu sahaja cara untuk jaga maruah awak,maruah keluarga awak.Saya tak boleh janji boleh menjadi suami yang baik, tapi insya-Allah saya akan lindungi awak selagi awak jadi isteri saya".-DIA "Saya dan Wi belum bercinta lagi. Tapi saya sukakan dia.Saya dah tak mahu simpan perasaan ni lagi.Wi,awak nak tak kahwin dengan saya"-DAN DIA Nak terima atau x?Tapi nak terima lamaran yang mana satu? Payah betul jadi dara pujaan kilang kicap ni.Kalau terima, bahagia ke dia nanti? Atau dia hanya dijadikan untuk menutup khabar angin yang sedang hebat bertebaran? Dia pula, boleh ke kahwin tanpa cinta? Hai susah hati betul!

Novel Ungu Langit Ghaze ( Lily Haslina Nasir )

Novel Ungu Langit Ghaze ( Lily Haslina Nasir )

Di Helang Mas, Ghaze tahu dia ialah crème de la crème.

Maknanya? Yang hebat antara terhebat! Ya. Dialah pejuang di tujuh lapis langit. Yang kental menerobos awan dengan satu misi, mendaulatkan negara.

Namun dia juga si pematah hati. Yang menjadikan hati wanita sebagai mainan hingga ramai yang panasaran. Kemudian, dia sendiri rimas! Apabila disyarahkan si umi, titik kelemahannya, dia sendiri malu.

“Lah, Ghaze suka usik-usik dia aje!”
“Hah, usik-usik sampai orang ditimpa perasaan.”
“Mana ada mesej. Ghaze hantar ucap selamat pagi. Kirim WhatsApp bergambar, doa-doa tiap pagi... Itupun forward aje orang punya.”


“Doa ya, Ghaz? Oh, tak tahu pula ada doa ayat macam ni ya... Morning, darling! I’m in my bed, you’re in your bed. One of us in the wrong place!”

Naik merah muka dinasihati begitu. Tapi pabila terjumpa Dara Khadeja, terus juga Ghaze jual minyak. Tak serik kena tegur si umi.

Aku lihat ada seraut wajah kekaguman pada Deja. Suatu reaksi yang aku suka bila aku mahu mengurat gadis. Ah, mereka kan semuanya sama. Pantang dengar lelaki bekerja sebagai juruterbang, berganda-ganda saham naik. – Ghaze Saifullah

Mendengar Dara Khadeja berkata ‘wow, menguatkan lagi telahan bahawa gadis itu mampu menyerahkan hatinya. Polosnya dia kerana tidak tahu, hati Dara Khadeja membatin sebaliknya.

Entah ya, entah tidak dia tu pilot! Lelaki sekarang semuanya suka sembang kencang. Kalau 10 yang dicakap, nak percaya satu setengah pun belum tentu. – Dara Khadeja

Bagi Ghaze, entah kenapa apabila bersama si Dara Khadeja, dia bagaikan terkeseng-keseng sendiri. Hilang terus macho, sanggup nyanyi dengan suara katak panggil hujannya demi meraih perhatian si dara.

Dara: Hei, ni dah biasa sangat ya mengurat perempuan. Sana sayang, sini sayang! Nak flirting jangan buang masa sayalah!

Ghaze: I’m not flirting. I’m just being extra friendly to someone who is extra attractive.

Dara: Tak payahlah nak mengayat sangat dengan ayat lemak manis berkrim tu!

Ghaze: Janganlah macam tu! Sumpah! Kalau sayang terima sayang di sini... Sayang di sini jaga sayang di sana dunia akhirat!

Dara: Hei, tak reti bahasa ya! Apa terima-terima! Nak gatal merenyam tu simpanlah sikit! Tak semua perempuan boleh kena ngap dengan buaya tembaga macam you!

Ghaze: Sampai hati you kata I buaya tembaga! Kat rumah mak I ada tepak sirih tembaga... Nanti I bawa masa pinang you!


Dengan watak poyo dan nakal yang ditunjukkan seorang Ghaze pada luaran, mengalir deras darah Saifullah, yang santun, yang tegas dalam mengabdikan dirinya kepada negara. Sisi derita jiwa kehilangan walid yang tidak berpusara itu yang menjadikan Ghaze yang sekarang. Lelaki tahan jiwa dibanting namun juga menjadikan dia seorang penghiba.

Akulah anak yang sering mengintai di balik langsir, mengharapkan kalau ada bunyi pagar rumah dibuka, itu tandanya walid yang muncul.

Takdir menulis, walidnya takkan pernah muncul lagi. Takdir berkata, penantian si anak kecil itu penuh sengsara kerana hilangnya si walid tidak tahu di rimba mana, mati, tidak tahu mana pusaranya.

Lalu, munculnya dia di Helang Mas bukan sekadar menjadi sandaran memikat si gadis. Sebaliknya demi mencari sebuah kebenaran yang seakan-akan cuba dipadam

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post