Wednesday, March 25, 2020

author photo
Drama Budak Tebing Episod 7 - Episod 9 - Slot Lestary | Hai guy drama terbaru yang bersiaran mulai malam ini di slot lestary. Seperti biasa drama slot lestary ini akan berlangsung sebanyak 13 episod penuh. Gandingan dua pelakon kacak Adam Lee dan Aedy Ashraf dan ramai lagi. Drama Budak Tebing ini akan membongkar kisah remaja dan sejarah lampau yang berlaku kepada mereka. Ikut kisah mereka setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam hanya di TV3.




Sinopsis Budak Tebing 
Drama ‘Budak Tebing’, mengisahkan tentang kehidupan Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney di atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. 
Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur. 
Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?



Sinopsis Budak Tebing Episod 1 



Sebaik sahaja keluar dari Henry Gurney Arif tidak terus pulang kerumah tetapi terus ke “Tebing” yang menjadi tempat dia bersama-sama rakan-rakan sebaya melepak diusia kanak-kanak. Arif seolah-olah rindu dan terharu melihat tempat yang banyak menyimpan kenangan seperti memancing bersama-sama, poteng puasa, ponteng sekolah dan pelbagai lagi aktiviti yang dianggap nakal. Kini kesemua sahabatnya entah hilang ke mana. Arif tiba-tiba terkenang kisah kelam yang menjadi punca dia terpaksa menghabiskan usia kanak-kanak di Henry Gurney. Di “tebing” itulah menjadi saksi kejadian kematian Kodi di tangan Tongki tetapi yang dituduh membunuh adalah Arif. Tragedi perebutan telefon bimbit di antara Tongki dan Kodi tak akan dia lupa sampai ke mati. Lamunan Arif terhenti bila ditegur oleh Laura, seorang anak gadis yang masih setia berkunjung ke situ. Disebabkan rasa rendah diri bergelar “pembunuh”, Arif tidak mempedulikan Laura, Arif terus meninggalkan tempat itu dan membiarkan Laura.



Sinopsis Budak Tebing Episod 2


Laura mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab Tongki yang menghilangkan diri sehingga menyebabkan satu persahabatan yang sangat akrab di antara Arif dan Tongki retak. Laura berjumpa dengan Arif dan menyatakan mahu menolong Arif membersihkan nama baiknya. Namun Arif mempersoalkan kenapa baru sekarang ingin membantu. Sedangkan selama 7 tahun dia menunggu sahabat karibnya.




Sinopsis Budak Tebing Episod 3




Gadis tersebut dikenali sebagai Ira, kelihatan seperti gadis gelendangan/anak lorong terkejut melihat Tongki. Ira seolah-olah trauma melihat lelaki. Tongki berjaya menangkap dan memujuk Ira agar menceritakan masalahnya. Tongki yang bersimpati, Dengan hati yang berat Tongki terpaksa meminta bantuan Laura untuk menumpangkan Ira dirumahnya. Laura bersetuju, dengan syarat Tongki harus menceritakan apa yang telah berlaku keatas kematian Kodi. Arif yang tak pernah berputus asa mencari kerja, Aida memandang sayu keatas kesungguhan anaknya berusaha. Talam tersilap langkah bila dia teragut bag bimbit milik seorang gangster milik Broger.




Sinopsis Budak Tebing Episod 4




Talam dan gengnya cuba membuka beg bimbit milik Broger tapi agak susah kerana ada kunci keselamatan. Perbuatan itu diperhatikan oleh Yoyol dan dia cuba halau Talam dan gengnya.




Dalam kegembiraan Talam and the gang cuba baraikan bag bimbit milik Broger, perbuatan itu diperhatikan oleh Yoyol. Yoyol cuba menghalau Talam and the gang, tetapi Talam sedikitpun tidak takut. Berlaku pergaduhan, muncul Tongki tetapi Tongki masih takut untuk menonjolkan diri. Tongki beredar menyuruh seorang “bangla pencuci kereta” dimana Arif bekerja menyampaikan pesanan yang Yoyol sedang dibelasah. Arif bergegas untuk membantu adiknya. Talam and the gang berjaya ditumpaskan oleh Arif. Kamarudin (Ayah Laura) serta Sabrina (ibu Laura) baru pulang kerumah setelah menunaikan umrah. Kamarudin terkejut bila ternampak Ira, dia tahu latar belakang Ira sebagai anak lorong. Kamarudin menunjukkan sikap tak suka Ira berkawan dengan anaknya. Manakala Sabrina seolah-olah tak kisah.




Sinopsis Budak Tebing Episod 5




Ira pula sering menceritakan kebaikan dan memuji Tongki menyebabkan Laura mula merasa cemburu. Kamarudin dari hari kehari resah, paranoid setiap kali bersua muka dengan Ira. Kamarudin menfitnah Ira yang kononnya Ira cuba mengodanya. Sabrina akhirnya termakan hasutan dan terus menghalau Ira keluar. Tongki sangat kecewa bila mengetahui tentang Ira yang diperlakukan seperti sampah. Laura pula seolah-olah dipersalahkan oleh Tongki sehinggakan dia tak sudi lagi untuk bertemu. Rumah dan tempat Aida berniaga nasi lemak diganggu. Aida sangat geram, dia mula sangka yang Arif tidak serik dan terjebak dengan kumpulan gengster. Arif bermati-matian cuba untuk menyakinkan ibunya yang dia tidak seperti yang diperkatakan Aida. Arif yang bengang dengan Yoyol yang sibuk bermain “online games” menaikkan darah Arif sehingga Arif membuang handphone kesayangan Yoyol kedalam sungai berdekatan “tebing”.





Sinopsis Budak Tebing Episod 6





Yoyol yang sangat kecewa, mula membenci abangnya. Yoyol lari dari rumah dan membangkitkan kemarahan Aida kepada Arif yang kononnya tak pandai menjaga adik. Arif seolah-olah paranoid dengan handphone disebabkan handphonelah ibu dan ayahnya bercerai setelah ayahnya terkantoi oleh ibunya yang terbaca mesej skandal ayahnya. Setelah Ira dihalau, sikap Kamarudin yang mencurigainya membuatkan Sabrina risau. Sabrina cuba menyiasat secara diam tanpa disyaki oleh suaminya. Talam berjaya ditangkap oleh kuncu Broger. Yoyol yang masih tidak balik ke rumah bertemu dengan Aida di tempat Aida menjaja nasi lemak, meminta duit dari Aida. Aida menyindirnya dan tak nak membantu Yoyol. Sindirannya membuatkan hati Yoyol sangat sakit. Yoyol yang sangat kecewa berlalu pergi, Aida walaupun tak memandang Yoyol melangkah pergi, air matanya tetap mengalir. Tongki sedang sibuk mencari Ira, manakala Arif sibuk mencari Yoyol tetapi lain yang dicari lain pula yang dijumpa. Tongki tergamam bila bersua muka dengan Arif.

Drama Budak Tebing Episod 7

Lidah Tongki kelu untuk bercakap dengan Arif, Arif sangat teruja bertemu kembali sahabat baiknya. Ira secara tidak sengaja bertemu dengan Yoyol disebuah rumah lama. Ira dan Yoyol mula berbaik-baik. Yoyol mencari barangan lusuh serta besi buruk untuk dijual, tetapi hasilnya tak seberapa penat yang lebih. Ira yang mahir menyeluk saku, mula mengajar Yoyol melakukan kerja jahat itu. Yoyol pada mulanya berasa berat hati, terpaksa melakukannya setelah puas dan kecewa mencari kerja dan duit secara sah tidak berjaya. Aida semakin susah hati bila Yoyol lama tak balik. Kamarudin berasa sangat bersalah atas perbuatannya terdahulu. Sabrina terkejut bila mengetahui suaminya ada berkunjung ke tempat2 yang mencurigakan. Talam semakin hari hidupnya semakin mewah, keluarga Talam mula mencurigai hasil pendapatan Talam. Laura masih terus cuba memujuk Tongki dan tanpa rasa malu, Laura meluahkan rasa hatinya untuk bercinta dengan Tongki. Yoyol terkejut bila dia menemui sebuah smart phone disisinya sewaktu tidur di sofa usang tebing.

Drama Budak Tebing Episod 8

Ira menghadiahkan handphone tetapi dituduh mencuri oleh Yoyol membuatkan dia sedih. Yoyol ego pada mulanya tetapi kemudian memakai juga handphone tersebut membuatkan Ira sangka bila Yoyol sayangkan handphone itu bermakna Yoyol sayang akan dirinya. Dulu mereka makan dan berbual bersama-sama, kini Ira makan sorang, Yoyol terlalu leka dengan handphonenya bermain ‘online games”. Talam semakin agresif dan berani melakukan aktiviti jenayah semenjak di backup Broger. Tebing yang menjadi port melepak dan riadah, kini telah dijajah oleh Talam yang menjadikan sebagai port aktiviti jahat. Arif yang sangat baik dengan Abang Lan mula terpengaruh dengan aktiviti abang Lan yang sedang berusaha untuk menukar status tanah-tanah penduduk kampung. Abang Lan dilihat mampu menjadi suami dan bapa yang baik untuk memimpin Aida bersama anaknya. Abang Lan yang menjadi pelanggan tetap nasi lemak Aida menjadikan mereka berdua dilihat akrab. Kecoh bila aktiviti jahat “budak tebing” dikaitan dengan Arif. (Kononnya Arif lah yang membawa budaya jahat masuk kampung). Talam sengaja membusukkan nama “Budak Tebing”. Dia puas melihat Arif dituduh.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post