Friday, March 27, 2020

author photo
Cara Solat Sunat Hajat (Panduan Lengkap & Betul) : Hanya kepadaNYA kita berserah. Memohon keredhaan di dunia dan di akhirat. Munajat memohon dilimpahkan dengan kesihatan yang baik. 

Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah.
Sama ada ingin memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Allah berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. 
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi"

- Riwayat al-Hakim no. 1218

Ini Cara Betul Dan Panduan Lengkap Menunaikan Solat Sunat Hajat.




Dalam ejaan rumi:
Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”




Jika tidak dibaca tasbih tersebut atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih,  maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud. 
Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyat akhir dan memberi salam.
salam solat sunat hajatMaksudnya:
Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah

 Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.
Boleh guna bahasa sendiri atau berdoa sebagaimana doa berikut:
doa solat sunat hajatDalam ejaan rumi:
Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘a zaa-ie-ma magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.
Allahumma innaka tasma-u’ kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba-ie-sulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mushfiqul muqirrul ma’tarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal
Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘a man khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.
Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.
Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.

Rujukan :  https://akuislam.com/

1 komentar:

avatar
Balqis Athirah delete March 27, 2020 at 10:40 AM

Terima kasih share. Insha Allah nak buat juga

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post