Tuesday, March 31, 2020

author photo
Cara Nak Dapatkan Nombor i-akaun KWSP : Esok dah mula untuk membuat pendaftaran. Tapi....tapi...nombor i-akaun tak ada lagi. Maklumlah ramai tak daftar untuk i-akaun.

Nak pergi cawangan KWSP terdekat memang semua tutup. Mesin untuk daftar tu pun dalam bangunan mereka. 

Adoi kesian pula tengok orang ramai. Pakcik makcik yang buta online nak buat macam mana. Kalau ada anak-anak boleh lah bantu. Ni kalau hidup sebatang kara. Risau juga kan.

Nak keluarkan duit KWSP untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan pun payah.

Nak kata membantu...susah juga. Semoga pihak kerajaan ada cara tersendiri untuk membantu mereka.

Akaun KWSP Ada...Tapi Tak Daftar i-akaun

Perkongsian dari sharing rakan Facebook. Mungkin dapat membantu.

Cara Dapatkan Nombor Pin i-akaun


  1. Call Nombor KWSP - +063-89226000
  2. Kemudian tekan NO.2
  3. Inform Customer Service "Nak Register i-akaun"
  4. Jawab soalan-soalan verification.
  5. Alamat, ic pencarum, email dan lain-lain soalan.
  6. Sila tanya nombor EPF jika terlupa (tolong catat)
  7. KWSP akan SMS activation Pin Number
  8. Buka website : https://www.kwsp.gov.my
  9. Masukkan nombor ic dan nombor pin yang di sms tadi.
  10. Create id dan password baru.
  11. Selesai.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post