Saturday, March 28, 2020

author photo
Alert Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Hanya Menggunakan Web BSH (Bantuan Sara Hidup) : Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40.

Antara Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut :-

Pertama : RM1600 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4000 dan ke bawah.

Bayaran

April : RM1000
Mei : RM600 

Kedua : RM1000 kepada isi rumah yang berpendapatan RM4000 hingga RM8000 ke bawah.

Bayaran

April : RM500
Mei : RM 500

Ketiga : RM800 kepada individu bujang yang berusia 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan RM2000 ke bawah.

Bayaran :

April : RM500 
Mei : RM300

Keempat : RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2000 hingga RM4000.

Bayaran :

April : RM250
Mei : RM250

Di samping itu juga, kerajaan tidak pernah lupa kepada penjawat awam dan pesara kerajaan dengan memberi bantuan khas sebanyak RM500 dan dibayar pada April ini.



Kaedah pelaksanaan seperti permohonan, pembayaran dan semakan status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal BSH ««https://bsh.hasil.gov.my/

Orang ramai dinasihatkan tidak mengisi mana-mana borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post