Thursday, February 13, 2020

author photo
Drama Maaf Tak Indah Episod 1 - Azlee Khairi & Azar Azmi : Drama adaptasi novel akan datang bagi menggantikan drama Camelia. Drama Maaf tak indah akan bersiaran mulai malam ini. Bersiaran di slot Samarinda tv3. 

Gandingan pelakon : 

Senarai Pelakon Drama Maaf Tak Indah



Azar Azmi
Azlee Khairi
Ruhainies Farehah
Fizo Omar
Aida Khalida


Maaf Tak Indah







REVIEW SINOPSIS NOVEL MAAF TAK INDAH - Emy Roberto
SYAZAN pandang kiri kanan. Bila yakin kelibat Raimie tak ada di situ, dia menapak masuk menghampiri inkubator yang menempatkan Adam. Melihat wajah Adam yang tenang, dia senyum sendiri. Ikut hati dia nak peluk Adam. Nak cium Adam. Nak susukan Adam. Tapi dia tak mampu. Nak keluarkan Adam dari inkubator ni pun tak boleh. Sudahnya dia hanya mampu pandang Adam dari luar.
“Anak mama apa khabar?”
Air mata sendiri hampir menitis bila dia membahasakan dirinya sebagai ‘mama’. Selama ini betapa dia bencikan gelaran sebagai seorang ibu dan isteri, kini dia inginkan semua itu kembali.
Menyesal.
Menyesal.
Menyesal.
Walau berapa ribu kali dia luahkan rasa menyesal yang tak sudah, itu semua takkan dapat mengubah apa yang telah terjadi. Syazan hanya mampu berdoa moga dosanya dimaafkan dan moga Raimie maafkan dia.
Berdoa? Ya…sekarang baru dia nak ingat doa dan Tuhan. Selama ini dia tak pernah kisah dengan semua itu. Lagi teruk bila setiap kali Raimie ajak sembahyang, dia buat tak layan. Tak pun dia marah dan tengking ikut suka. Betapa sabarnya Raimie padanya, Syazan tak pernah hargai. Dan kini bila dia tahu yang dia akan kehilangan orang tersayang, baru dia sedar silap sendiri.
“Maafkan mama, sayang. Maafkan mama.” Suara Syazan hampir tak terkeluar. Mungkin Adam takkan dapat dengar. Mungkin Adam takkan dapat melihat dia. Tapi dia nak Adam tahu yang dia sayangkan Adam sejak saat hari pertama Adam lahir. Andai nyawa Adam diambil semula satu hari nanti, dia sanggup gantikan dengan dirinya yang sangatlah tak berguna.
“Maafkan mama….” Akhirnya Syazan tersedu sendiri di situ.
Apa akan jadi pada Syaza dan Raimie?

SINOPSIS NOVEL MAAF TAK INDAH 

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.
Lima tahun berlalu..
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.
"Saya nak jumpanAdam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu

"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post