Sunday, January 19, 2020

author photo
Telemovie Cinta Sesungguhnya | Lokan Fikry Ibrahim, Intan Najuwa dan Nazeera Sardi. Pernah ditayangkan menerusi slot cerekaram tv3 pada 18 Mei 2019. 

Telemovie Cinta Sesungguhnya diulangtayang kembali pada malam ini di tv3. 

Video Telemovie Cinta Sesungguhnya  lihat link di bawah. 




Telemovie Cinta Sesungguhnya

Sinopsis Telemovie Cinta Sesungguhnya | Tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder. Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia.
Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik.

Di klinik psikiatri, Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat. Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention. Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih. Namun, Dr. Azlina tetap ingatkan Farisha supaya tidak cuai makan ubat. Farisha keluar dari klinik Dr. Azlina dengan wajah sebal. Dia secara tak sengaja bertembung dan terlanggar Razlan yang Razlan baru sampai di pintu klinik untuk berjumpa dengan Dr. Azlina. Razlan cuba berikan senyuman namun Farisha buat tak tahu dan terus berlalu. Razlan sedikit blur. Dia terus masuk ke bilik Dr. Azlina untuk berjumpa dengan kekasihnya itu

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post