Thursday, January 23, 2020

author photo
Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 - Bab 16 / Drama Adaptasi Novel Akan Datang : Hello drama adaptasi novel lagi. Untuk pengetahuan anda semua drama adaptasi novel ini akan bersiaran mulai 27 Januari 2020 akan datang. Drama Jujurlah Nikahi Aku ini akan menampilkan gandingan Sean Lee dan Uyaina Arshad sebagai watak utama dan tunggak utama drama adaptasi novel ini.

Memandangkan drama ini tidak lama lagi akan bersiaran, di sini cik akak sertakan link baca Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 hingga Bab 16. Untuk bab-bab seterusnya boleh dapatkan naskhah novel ini di pasaran atau boleh beli secara online di pautan di bawah.

Link Beli Novel >>>Novel Jujurlah Nikahi Aku

Jujurlah Nikahi Aku

Drama Jujurlah Nikahi Aku ini akan bersiaran menerusi Slot Dramavaganza yang menggantikan Drama PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS. Drama Jujurlah Nikahi Aku akan bersiaran penuh sebanyak 30 episod dan waktu siaran setiap Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam di Astro Ria dan tayangan serentak di Astro Ria HD.

JUDUL DRAMA : JUJURLAH NIKAHI AKU
EPISOD : 30 episod 
TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Maizura Ederis
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar


WATAK PELAKON

Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyfa
Sean Lee sebagai Alan Wong
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zanif
Rita Nadira sebagai Zurin
Raja Azura sebagai Puan Azah

Video Promo Drama Jujurlah Nikahi Aku


Jujurlah… Nikahi Aku
Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku

NURIN ASYFA  ditakdirkan sebagai  gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri.  Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin  tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan  bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi,  lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya.  Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi  kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan  melindungi  si malang Nurin hingga hembusan  nafas terakhir.


“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...”  Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.

Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post