Thursday, December 12, 2019

author photo
Slot Widuri - Drama Terlanjur Mencintaimu 2 | Drama terbaru yang bersiaran di Slot Widuri bagi menggantikan Drama Dia Pengantiku yang telah tamat minggu lepas.
Drama kali ini akan diterajui pelakon Saharul Ridzwan dan Aishah Azman sebagai tunggak utama. Selain itu juga, drama ini dibantu oleh berapa lagi pelakon antaranya Reen Rahim, Azam Pitt l, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

Tarikh siaran Drama Terlanjur Mencintaimu 2 pada 12.12.2019 (hari ini).

Seperti biasa, Slot Widuri akan bersiaran mulai 7.00 malam, setiap hari Khamis hingga Ahad. 

Drama Terlanjur Mencintaimu - 13 Episod Penuh
Drama Terlanjur Mencintaimu 2Jumlah Episod : 13 Episod
Slot Widuri - 7.00 malam
Khamis - Ahad


Sinopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2 |

Amir Haziq bin Dasuki seorang lelaki berusia 26 tahun yang mempunyai masalah / gangguan Autism dalam kategori ASD (Asperger Syndrome). Amir dianggap tidak sempurna oleh sesetengah manusia sentiasa dihina, diherdik dan dibuli. Ya, mungkin dia tidak sempurna di mata manusia, tetapi dia sempurna pada Allah.

Walaupun Amir Autism tetapi dia seorang yang sangat bijak. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh mengganggu fokus Amir.

Pada usia 22 tahun, mula tahu bagaimana mengawal masalah yang dia hadapi sehinggalah satu kejadian yang mula mengubah hidupnya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post